Biskut Kacang Rapuh untuk rumah terbuka

Anamarza
6
Minggu terakhir syawal, bagaimana masih ada saki baki kuih raya ke ?

Ke dah tinggal serdak je?

Opppsss ada ke yang tak faham maksud serdak? kalau tak tahu gi tanya pakcik google ya....(^_^)

Okey la bagi yang dah habis berpuasa 6 tu, selamat beraya. Kebetulan korang dah berkunjung ke sini sila la jamu mata ngan kuih raya kat sebelah ni ya.

Hari ni saya buat blog terbuka raya, kuih pertama sebagai hidangan mata tuk korang ialah biskut kacang rapuh. Ni kiranya biskut kacang yang sedikit dimodenkan la. Lain kali nak buat biskut kacang versi lama atau lebih glamer dipanggil biskut kacang mazola.

Emmmm korang suka tak makan biskut kacang. Suka versi kacang hancur atau versi biskut kacang yang kacangnya tak berapa hancur?

Saya dua-dua okey. Tapi rasanya versi lama lagi sedap kot.

Berbalik pada biskut kacang rapuh ni, anak-anak kata sedap, tapi makannya ala-ala je. Bagi yg nak try boleh rujuk resipi di bawah ya.

Resipi Biskut kacang rapuh


Biskut Kacang Rangup
Sumber resepi: rosmarlina@ jintanmanis.com

330 gram kacang tanah ( ros guna kacang tanah yang siap goreng dan dibuang kulit tu)
300 gram tepung gandum
110ml minyak masak biasa
150 gram gula castor
2 sudu kecil baking powder
50gram tepung kanji kentang
2 sudu besar mentega kacang
1 sudu kecil garam

untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.

cara-caranya

1. Kacang tanah diblender hancur.

2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, mentega kacang, tepung kanji kentang dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal. Biarkan adunan selama 30 minit sebelum di bentukkan.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 17 ke 18 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, selamat mencuba

Post a Comment

6Comments

  1. saya suka yang chunky chunky sikit..

    biskut raya kami dah tinggal serdak dari malam raya lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. biskut mazola ni mmg best kan...mesti cari biskut ni kalau gi raya rumah org..jhehehe

    ReplyDelete
  3. suka juga biskut ni....
    biasa beli keras sikit...

    ReplyDelete
  4. kat rumah ade kuih cam nih jugak.. tapi x sempat nak makan lagi.. kekeke

    ReplyDelete
  5. Pernoh juge buat dulu.Tapi dah lupe resepi.Terime kaseh ingat balik....Koi buat yang mudoh2 je.

    ReplyDelete
  6. dah lama la x jumpa kak...rinduu..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment