Asal nama kuih talam..layan aje

Anamarza
0
Kuih kesukaan anak-anak. Sampaikan abahnya jadi pelik, camna la budak bertiga ni boleh minat dengan kuih talam ni. Terutama Si kakak, rajin sangat request minta mama buatkan.

Psstttt... anak korang ada tak yang minat kuih melayu tradisional? kuih apa?

Kalau dah namanya anak-anak suka makan, mamanya berganda-ganda la suka nak membuatnya. Seronok tengok anak-anak makan, kekadang berebut, kekadang berlumba siapa lagi banyak makan.

Even tengah-tengah duk karang entry ni, bebudak ni nampak je gambar kat sebelah ni, request nak kuih camtu lagi. Tapi nasib la kan, bila kuih yang ada penggunaan santan ni, tunggu ada stok santan dulu baru boleh buat.

Setakat ni dah try buat kuih talam gandum ( Kuih Talam Gandum Untuk Minum Petang ) , Kuih talam cendol ( Talam Cendol atau talam cendul ) , kuih talam pisang ( Talam pisang resipi hentam saje daaa ..) dan kuih talam pandan ( Asal nama kuih talam..layan aje ). Tapi dalam banyak-banyak jenis kuih talam, kuih talam gandum atau kuih talam gula merah la favourite diaorang.

Untuk resipi kuih talam pandan ni, saya ikut resipi kuih talam gandum tu juga. Bezanya tuk talam pandan ni ada penggunaan air daun pandan dan gula biasa bagi menggantikan penggunaan gula merah. Kuantiti bahan memang tak de sukat-sukat, main hentam saje.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)