Ingatan buat yg bergelar isteri

Anamarza
4
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.
Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah

Indahnya redha suami ... Kan?

Seorang isteri itu di janjikan syurga apabila taatkan suaminya. Taat seorang isteri itu berada di tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul. Tapi taat bukan lah bermaksud si isteri kena taat membuta tuli, taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya.


Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda".
(riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)



Semua orang inginkan syurga kan?

Tapi adakah perbuatan yang kita lakukan selari dengan apa yang kita ingin kan? Kita mahu dan kita tahu tapi hati tak cukup kuat untuk mencapai apa yang kita inginkan. Kita hanya berfikir ingin menjadi seorang isteri yang solehan tapi kerana rapuhnya iman didada, hati terlalu mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan. 

Sehingga perkara remeh diperbesarkan, hanya kerana suami tersilap beli apa yang dipesan kita tarik muka masam, tak kurang juga ada yang membebel seperti bedilan peluru. Sedar kesilapan diri namun, rasa insaf hanya hadir dalam diri tanpa pengzahiran ucapan maaf. Bagaimana mahu menjadi isteri yang dijanjikan syurga kalau kita hanya berharap suami memaafkan kita tanpa kita sendiri yang meminta sebuah kemaafan?

Diharap cerita dari Blog Dr. Muhaya ini boleh menjadi ingatan buat anda yang bergelar isteri, sama - sama la kita jadikan memohon maaf dari suami itu satu kebiasaan sebelum melelapkan mata setiap malam.

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.

Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.

Post a Comment

4Comments

  1. Bagus entri ni.. Kadang2 kita sebagai isteri selalu lupa kedudukan suami dalam rumahtangga sehinggakan sanggup membelakangi suami dalam sesuatu hal.. MM akui MM pun tak lepas dari melakukan kekhilafan terhadap suami MM.. Astaghfirullahalazim.. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ni.. InsyaAllah, akan lebih banyakkan bersabar & berusaha lebih gigih dalam mendapatkan gelaran isteri solehah ni.. Redha suami sangat penting dalam hidup seorang isteri..

    ReplyDelete
  2. kadang kadang dengan suami pun saya tergurau kasar sampai terguris hatinya..walau pun takde niat nak berkasar.. risau..

    ReplyDelete
  3. sy syg suami sy ^_^

    ReplyDelete
  4. thanks for the info...dpt beringt sikit..tgh belajar mengawal kemarahan...skrg cepat sgt marah..huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment