Mother & Baby Expo (June & August)

Anamarza
1
Sejak cuti sekolah ni memang kurang feel nak berblog. Awal-awal cuti sekolah anak-anak demam, even sampai hari ni pun anak-anak masih belum sihat sepenuhnya lagi,   selesema dan batuk. Sampaikan dah berjangkit ke hubby.

Tambahan pulak berjauhan dengan salah seorang anak, mood jadi tak stabil sikit. Safiyya nak bercuti lama di kampung, esok baru nak balik ambil dia. Ikut perancangan awal mak sedara dia sendiri yang sanggup nak hantar, tapi my hubby decide kitaorang balik ambil. Sambil tu boleh tengok anak sedara yang baru lahir. My sis bersalin kat Hospital Temerloh lewat petang semalam, kekonon tgh hari tadi nak melawat kat hospital je, tapi baby tak keluar dari NICU lagi. Esok la baru dapat jumpa.

EG Mother & Baby Expo 2012


Berbalik pada tajuk entry, pada yang bakal menyambut kelahiran bayi dan yang baru bergelar ibu atau pada sesiapa sahaja yang berhajat nak cari barang untuk bayi boleh la pertimbangkan untuk pergi ke expo EG Mother & Baby Expo 2012 ni.

Details ekspo seperti dibawah:

Tarikh berlangsung : 1hb Jun 2012 - 3hb Jun 2012

Masa : 11.00 am - 9.00 pm

Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

* Masuk Percuma

Kategori Produk : Baby Carriages, Baby Car Seat, Furniture, Toys, Educational Product, Food, Baby Clothing and much more....


International Baby Expo (IBEX) @ KLCC - August 2012

Satu lagi ekspo barangan bayi yang boleh di masukkan dalam list ialah International Baby Expo (IBEX) 2012 yang akan berlangsung bulan Ogos nanti. Details ekspo seperti di bawah:


Ekspo : International Baby Expo (IBEX)
Tempat  : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 10hb - 12hb Ogos 2012
Masa  : 10:30am - 9:00pm
* Masuk Percuma

Major Exhibit :

- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Fitness & Slimming Beauty Services
Tags

Post a Comment

1Comments

Post a Comment