SIZZLING YEE MEE : Kesukaan anak-anak

Anamarza
3
Sebelum ni pernah buat entry tentang sizzling tapi bukan guna yee mee. Kat rumah ni kalau tak de stok yee mee dan ada request nak makan sizzling mee, memang saya guna maggi je. (Rujuk entry "Dinner dengan " Sizzling maggi tak cukup bahan " je".

Anak-anak kalau dibuatkan sizzling makan memang bertambah-tambah. Kekadang sampai tak cukup. Suka hati tengok anak berselera makan camtu. (^_^).

Antara sizzling guna maggi dengan sizzling guna yee mee, semestinya Sizzling Yee Mee lebih diminati. Korang pulak berkenan tak dengan makanan jenis sizzling ni?

Resipi Sizzling Yee Mee

Cam biasa kalau entry tentang masakan mesti ada resipi yang nak dikongsi. Even dah pernah tepek resipi Sizzling di entry "Dinner dengan " Sizzling maggi tak cukup bahan " je", tapi tetap rajinnya nak tepek sekali lagi kat sini. Kalau korang nak tengok rupa sizzling maggi yang dibuat dulu, sila la ke entry yang lepas ya.

SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

Bahan-bahan:
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee 
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 ~ x letak 
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa  ~ Letak tulang temulang ayam sekali
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan ~ tak letak jugak, tiada dalam stok
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara membuatnya:
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Post a Comment

3Comments

  1. Sedapnye dah lama tak makan.. kalau saya prefer mee tu makan rangup rangup heheheheh

    ReplyDelete
  2. sekarang anak-anak layan indomee segera, siap bawa bekal ke sekolah........

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak ni.. Nak cubalah! Thanks for sharing the resepi.. =)

    ReplyDelete
Post a Comment