Scrub & Masker tomato : Tips kecantikan 2 dlm 1
Tips kecantikan 2 dalam 1 (Scrub & masker) yang murah , mudah dan punya manfaat yang pelbagai.
Semua orang tahu khasiat dan kegunaan tomato untuk kecantikan kulit wajah kan?
Bagi yang kurang tahu, antara khasiat tomato adalah untuk mengatasi kulit berminyak, menyembuhkan jerawat, menghilangkan noda hitam, mengecilkan pori-pori, menghilangkan jeragat, dan melembutkan kulit .
Scrub dan Masker tomato ni antara cara menjaga kulit muka yang saya suka. Sebabnya bukan sahaja murah tapi mudah didapati sebab memang sentiasa ada di dapur. Dan yang paling best ianya 2 dalam satu, maksudnya lepas di buat scrub terus boleh dibiarkan kat muka sebagai masker pula.
Cukup menjimatkan masa bukan?
Cara membuat Scrub & masker Tomato
Malah cara nak membuat scrub dan masker dari tomato ni juga teramat la senang. Semudah 1, 2, 3 sahaja. Tak caya cuba baca langkah demi langkah di bawah :
Note : Ada orang yang alah (allergic) dengan tomato. Sebelum letak scrub/masker tomato ke seluruh muka, cuba letak sedikit dahulu kemana-mana bahagian muka, dan tunggu beberapa saat, jika terasa panas , gatal atau yang sewaktu dengan nya, elok jangan diteruskan. Mungkin korang salah seorang yang alah dengan tomato!
- Tekap tomato di atas gula pasir.
- Oleskan secara lembut ke seluruh muka, kecuali di bahagian mata dan bibir.
- Biarkan lebih kurang 15 minit .
- Bilas dengan air mineral atau air sejuk
thanks for the tips....senang je nak buat tu...harus try!
ReplyDeletewah senang la kak ana kan.. masa sekolah dulu penah guna tomato tapi muka sy tak sesuai.. bertambah naik plak jerawat masa tu
ReplyDeleteterjumpa artikel ni, juga pasal tomato… sharing is caring :) - Khasiat Tomato
ReplyDeleteMudah jeeee, ingatkan kena blend ke apa. Boleh try buat ni nanti weekend ni =P
ReplyDeleteBisa tak kalau pakai gula biasa saja?gula putih itu.
ReplyDeletewaa , senang je ^^ , tpi knp kne pkai gula pasir ?
ReplyDeleteakak, kenapa bila sy pakai tomato kt muka rasa panas? rasa mcm pakai cili pulak..tak tahan, smpat pakai kejap je lpastu trus basuh muka..normal ke rasa panas tu?
ReplyDelete