(Peel Off) Masker Putih Telur : Korang Pernah Buat Tak?

Anamarza
5
Korang pernah tak guna masker dari sumber semulajadi, terutama sumber yang boleh didapati dari dapur kita sendiri?

Homemade (Peel Off) Masker Putih Telur?

Ada yang pernah cuba pakai masker menggunakan putih telur tak? atau ada dikalangan korang yang langsung tak pernah dengar mengenai Masker Putih telur ni?

Saya dah hampir 20 tahun tahu putih telur boleh dijadikan masker muka. Even dah lama tahu tapi jarang-jarang juga buat. Tak kira apa jenis masker sekalipun memang kurang kerajinan sikit nak memakainya.

Lagi pulak sepanjang pakai masker Ainul tak berapa nak duduk dekat dengan mamanya, plus si abahnya pun saje suka mengusik geram agaknya tengok isteri duduk diam tak bercakap. Ya la bila dah tepek masker kat muka mana boleh pot pet pot pet kan? Sebab tu la kalau nak bermasker kena cari masa my hubby tak de kat umah (^_-)


Cara buat (Peel Off) Masker Putih Telur



Cara nak membuatnya tak la cerewet mana, bahan yang diperlukan seperti:
  • Telur Putih
  • Tisu 
  • Limau nipis atau lemon 
  • Gunting
  • Cermin
Cara membuatnya:
  • Perahkan sedikit limau nipis atau lemon ke dalam mangkuk berisi telur putih. Tujuan diletakkan perahan limau nipis ini ialah untuk mengurangkan bau hanyir telur putih.
  • Gunting tisu kecil-kecil, cukup untuk di tepek ke seluruhan muka atau sekadar di bahagian tertentu muka sahaja seperti dibahagian hidung ke pipi,  dagu dan dahi.
  • Sapukan telur putih tadi ke seluruh muka (atau bahagian yang dikehendaki)
  • Ambil 1  tisu yang dah digunting kecil dan tepek ke muka.
  • Sapu lapisan telur sekali lagi di atas tisu yang dah di tepek tadi bagi memastikan tisu betul-betul melekat dan tiada ruang udara di bawah tisu.
  • Ulang langkah menepek tisu sehingga menutupi keseluruhan muka atau menutupi bahagian yang diingini.
  • Biarkan betul-betul kering
  • Dah kering tanggal je , contoh masker yang dah di tanggal seperti gambar dibawah


Kegunaaan (Peel Off) Masker Putih Telur

Masker ni boleh mengurangkan blackhead/whitehead. Jika muka korang memang banyak jeragat atau jerawat nasi, Insyaallah kalau pakai masker ni, korang boleh nampak jeragat tu tercabut dan melekat kat topeng , tapi tak semuanya akan sekaligus tertanggal. Rajin buat , seminggu sekali barangkali, lama-lama akan semakin berkurangan la blackhead kat muka.

Post a Comment

5Comments

  1. tau tang masker ni, tapi tak penah buat sbb tak reti hihi

    ReplyDelete
  2. dulu sebelum kahwin, memang rajin buat masker putih telur :) sangat best!!

    ReplyDelete
  3. terjumpa info ni, juga pasal telur… sharing is caring :) - Jangan Perkecil Khasiat Telur

    ReplyDelete
  4. Saya baru je buat hari tuu. Besttt sebab semua blackheads dkt hidung keluarrr =P

    ReplyDelete
  5. Kak,nak tnye sket...kalau pkai masker putih telur ni smbil pkai ape2 pencuci muke bleh x...?

    ReplyDelete
Post a Comment