Kek Gulung Kasih yang hampir berderai
Entry masakan sebelum ni memang di buat auto publish. Sebabnya petang jumaat baru ni kitaorang bertolak balik ke Paka, nenek hubby sakit. Cam kebiasaan kalau dah namanya balik kampung tu memang tak de masa nak online.
Kebetulan memang dah siap transfer gambar dan draft entry sikit-sikit , so sebelum balik sempat la nak edit dan buat entry berjadual.
Pssstt korang pernah tak buat entry auto publish?
Bercerita bab Kek Gulung Kasih yang hampir berderai ni, kiranya ni first time buat kek gulung, dan hasilnya tak berapa nak cantik. Sebabnya:
Lain kali akan buat lagi, dan harapnya kali kedua buat, akan ada penambah baikan dari segi rupanya. Untuk resipi , bahan dan cara membuat kek gulung kasih boleh tengok dibawah.
Kek Gulung Kasih
Sumber : Dayangjack @ DapurKu Sayang
bahan-bahan :
cara-cara :
Kebetulan memang dah siap transfer gambar dan draft entry sikit-sikit , so sebelum balik sempat la nak edit dan buat entry berjadual.
Pssstt korang pernah tak buat entry auto publish?
Bercerita bab Kek Gulung Kasih yang hampir berderai ni, kiranya ni first time buat kek gulung, dan hasilnya tak berapa nak cantik. Sebabnya:
- Masa dan suhu membakar yang tak berapa nak betul
- Main hentam je teknik menggulung, asal gulung sudah.
- Potongan yang tak cantik hasil dari penggunaan pisau yang dah bergerigi
Even rupanya tak menarik tapi rasanya tetap sedap di tekak. Hihihi, kalau tak sendiri yang puji siapa lg nk memujikan?
Resipi Kek Gulung Kasih
Lain kali akan buat lagi, dan harapnya kali kedua buat, akan ada penambah baikan dari segi rupanya. Untuk resipi , bahan dan cara membuat kek gulung kasih boleh tengok dibawah.
Kek Gulung Kasih
Sumber : Dayangjack @ DapurKu Sayang
bahan-bahan :
- 70 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 g gula kastor
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
- Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
- Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
- Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
- Gulung kek dengan kemas.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
pernah buat schedule entry la kak tp ada masa x menjadi jugak...xtau apsal
ReplyDeletekira jadilah juga kek gulung ana ni. Yus tak pernah buat kek gulung...hehe
ReplyDeletepernah dulu2 buat entri auto publish, tp skrg tak sempat. Mana sempat terus taip dan publish je...huhu
rajin ana masak..kira ok jadi gaklah tu
ReplyDeleterajinlah ana ni..saya konon teringin nak buat..tak buat2 nya..haha..cakap je rajin :P
ReplyDeleterajinnya buat kek gulung....
ReplyDeleteselalu gak autopublish..idea ni dtg tak kira masa..
ReplyDelete