Gambar Skandal Seks : Kewajaran menyiarkannya?
Rasanya ramai yang dah tengok akhar Kosmo dan akhbar Utusan bertarikh 2 Mei 2012 (Rabu) tentang isu scandal seks
yang di dakwa sebagai foto dari rakaman video membabitkan lelaki "mirip" pemimpin parti pembangkang di selangor (Azmin Ali). (Rujuk gambar keratan akhbar disebelah)
Untuk makluman, entry ni bukan nak mengulas betul atau tidak gambar itu milik yang di dakwa. Tapi entry ini lebih kepada memyokong pendapat Ustaz Zaharuddin (rujuk petikan dibawah) tentang isu ketidak wajaran menyiarkan gambar scandal tersebut di muka hadapan kedua-dua akhbar.
Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad.
TERLALU TERBUKA!!!
Sepatutnya akhbar berarus perdana lebih sensitif tentang isu ini. Jika ingin memaparkan berita tersebut sekalipun, dan sekalipun berasakan perlu menyertakan gambar scandal tersebut (sebagai bukti barangkali) sepatutnya di "BLUR" kan mana-mana gambar yang kurang sopan. Itu rasanya lebih BERHEMAH.
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang sudah "berfikiran terbuka" menyebabkan pihak yang menyiar terlepas pandang. Mungkin bagi mereka gambar hanya lah sekadar gambar.
Tapi
Bagi setengah golongan yang masih memegang nilai dan adat ketimuran, sememangnya penyiaran gambar seperti itu dianggap tidak kena pada tempatnya.
hurm...politik sekarang semakin kotor...lebih2 lg bile nak dekat pru =(
ReplyDeleteumngok mana kira dah..janji dpt aib org..
ReplyDeleteBtl la saya pun x suka..terlalu terbuka utk umum..dah la kanak2 pun boleh baca...salam kunjung balas...
ReplyDeletememang tak wajar lah gambar cam tuh di siarkan secara terbuka.. urrmm
ReplyDeletesetuju dengan kata ustaz.. tak kira dari mana parti kena hentikan perkara2 yang negatif.. sana kata sini.. sini kata sana.. kadang2 orang atas2 tak kisah dr pihak mana releks je tapi penyokong2 tak kisah dari pihak mana bergaduh2 dan berperang2.. orang luar bertepuk tangan dengan pepecahan yang berlaku..berbaloi ke?
ReplyDelete