Terpengaruh dengan cerita kartun ?

Anamarza
3
Kartun!

Ada ke budak kecil yang tak suka tengok kartun?

Rasanya susah nak jumpa kan?

Usahkan budak, bapak dan mak budak pun masih layan jugak cerita kartun. Jangan tak percaya, even yang dah bergelar datuk pun masih suka tengok kartun "Tom and Jerry" sampai tergelak-gelak. (^_-) hehe

Kalau nak dibilang dari zaman kita kecil sampai la zaman layan anak tengok cerita kartun pulak, tah berapa banyak cerita kartun dah kita tengok. Tak kira kartun luar negara atau kartun hasil karya anak tempatan memang tak terbilang dah kan?

Dalam banyak-banyak cerita kartun tu, watak kartun apa yang menjadi kesukaan korang ?

Pengaruh kartun pada kanak-kanak


Ce korang baca kata-kata kat dalam gambar di bawah ni?




Pada korang kan, ada kebenaran tak apa yang diperkata kan tu?

Hmmm siapa la yang berfikir sampai camtu eik, saya dulu time tengok cerita Cinderella tak fikir apa pun. Cuma rasa kesian je kat Cinderella sebab ada mak tiri yang jahat. Even kalau tengok cerita popeye pun , terpengaruh nak makan sayur sebab nak jadi kuat je, tatu kat badan popeye tu tak menarik minat pun. Bila tengok Pinacchion jadi panjang hidung sebab menipu , timbul jugak takut nak menipu tapi bukan sebab takut hidung panjang tapi sebab tahu menipu tu berdosa. 

Tapi bila difikir lain budak lain cara penikirannya, terfikir juga mungkin ada yang nampak benda tak elok melebihi benda yang elok. Tak semua budak bila tengok cerita kartun tu mampu berfikir sendiri apa yang boleh di ikut dan apa yang tak. Kalau tiada bimbingan ibu bapa tak mustahil anak-anak ni boleh terpengaruh dengan apa yang dia tonton.

Kalau tidak masakan ada kes budak buat aksi terbang dari tempat yang tinggi sampai mendapat kecederaan gara-gara nak jadi seperti superman. Mana-mana budak yang tengok cerita Ultraman pula berangan nak jadi seperti Ultraman.  Berlawan sesama adik beradik sampai ada yang menangis sakit di pukul.

Sekarang ni rasanya ramai budak yang suka dengan cerita Boboiboy.. termasuk la budak 3 orang kat rumah ni, ada yang nak jadi yaya nak jadi boboiboy kuasa 3, dah tu siap tanya pulak kat mama dan abahnya nak jadi apa ,nak jadi A-du-du ke nak jadi gopal ke atau nak jadi atuk... huhuu sabar je la.

Kartun juga ada kebaikannya


Tak semua kartun beri kesan yang buruk kan. Tengok cerita Upin-ipin awal-awal musim dulu , mengajar anak kecil tentang berpuasa. Cerita Bola Kampung pulak boleh suntik minat pada permainan bola sepak.

Dan banyak lagi cerita kartun yang boleh di manfaatkan untuk di tonton oleh anak-anak kan? Tepuk dada tanya diri apa yang elok dan tak elok untuk anak kita tonton.


Nota Jejari : Masih setia jadi penonton cerita kartun sampai sekarang... jadi peneman anak-anak sesambil sendiri seronok melayan cerita kartun yang lebih merehatkan minda dari cerita politik negara  dengan pelbagai isu yang tak berkesudahan.

Tags

Post a Comment

3Comments

  1. dulu sy suka tengok tomato man...cute je..he3

    ReplyDelete
  2. suka kartun dragon ball z kai...anak beranak suka...huhu

    ReplyDelete
  3. saya satu family suka tengok kartun. kalau negatif ajernya pemikirannya, memang la semua benda nampak salah.

    ReplyDelete
Post a Comment