Soalan berkaitan Tawaran ke Matrikulasi KPM

Anamarza
2
Tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi KPM. Kepada yang tidak berjaya , anda masih berpeluang untuk mencuba buat rayuan.

Rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM

Rayuan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM boleh mula dibuat melalui internet bermula 28 April – 13 Mei 2012 .

Semakan Keputusan Rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM


Keputusan rayuan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM boleh mula di semak bermula 7 Jun 2012. Cara membuat semakan ialah :

  • Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang. 
  • Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my 
  • SMS dengan menaip MOEMATNO.K.P dan hantar kepada 15888

Soalan Lazim berkaitan Tawaran ke Program Matrikulasi KPM



Dibawah disenaraikan soalan lazim beserta jawapan yang berkait dengan Tawaran ke Program Matrikulasi KPM :
  1. Bilakah tarikh pelajar mendaftar di kolej-kolej matrikulasi?

    Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada : 28 Mei 2012 bagi PST dan PDT Di Kolej Matrikulasi di semenanjung Malaysia 21 Mei 2012 di Kolej Matrikulasi Labuan

  2. Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2012/2013?

    Yuran Pendaftaran Program Matrikulasi KPM

    JurusanProgram Satu TahunProgram Dua Tahun
    SainsRM 550.00
    RM 550.00 (tahun pertama)
    RM 290.00 (tahun kedua)
    PerakaunanRM 480.00
    TeknikalRM 550.00

    * Yuran pendaftaran Program Matrikulasi bagi Kolej Mara Kuala Nerang dan Kolej Mara Kulim adalah RM 500.00

  3. Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?

    Program Matrikulasi dijalankan di tiga belas (13) buah kolej matrikulasi KPM dan dua (2) buah kolej Mara seperti berikut:
    • Koleh Matrikulasi Premier:
      1. Kolej Matrikulasi Melaka, Londang 
      2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, 
      3. Kuala Pilah Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas 
      4.  Kolej Matrikulasi Perlis, Arau 
      5.  Kolej Matrikulasi Labuan, Merinding 
      6.  Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak 
      7.  Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng 
      8.  Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun 
      9.  Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang 
      10.  Kolej Matrikulasi Selangor, Banting
    • Koleh Matrikulasi Teknikal:
      1. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang 
      2. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka 
      3.  Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian
    • Koleh Mara:
      1. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang – Jurusan Perakaunan sahaja.;
      2. Kolej MARA Kulim, Kulim - Jurusan Sains sahaja.

  4. Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

    Tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes seperti berikut :
    • Masalah kesihatan KRONIK (rawatan berkala).
    • Adik beradik kembar/Adik beradik
    • Keluarga yang berpindah dari Sabah/Sarawak/Labuan ke Semenanjung atau sebaliknya.

    *Permohonan dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

  5. Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran?

    • Pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan dibenarkan. Hantar surat rayuan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi. 
    • Pertukaran Jurusan Perakaunan kepada Sains TIDAK dibenarkan. 
    • Pertukaran Aliran Sains Hayat kepada Sains Fizikal atau sebaliknya dibenarkan dan rayuan dibuat kepada pengarah kolej ditempatkan. 
    • Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi sahaja.

  6. Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?

    Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali kes kesihatan yang memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian. Kelulusan penangguhan pengajian hanya diberikan sekali sahaja dan hanya diluluskan oleh pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  7. Bolehkah saya menangguh pendaftaran pada 28 Mei 2012?

    Pelajar tidak boleh menangguh pendaftaran. Jika ada sebab yang kritikal dan munasabah, sila mohon daripada Pengarah Kolej anda ditempatkan sebelum hari pendaftaran. Maksimum penangguhan hanyalah 3 hari. Jika melebihi 3 hari, rayuan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi.

  8. Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?

    Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar denda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:

    • Ditaja ke luar negara oleh kerajaan, agensi-agensi kerajaan atau pihak-pihak lain yang diiktiraf. 
    •  Mengikuti program di bawah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (luar negara). 
    •  Mengikuti Program Asasi Undang-Undang, persediaan perubatan, persediaan farmasi dan persediaan pergigian di UiTM. 
    •  Mengikuti Program Tamhidi Perubatan , farmasi dan pergigian di USIM.
    •  Mengikuti program matrikulasi perubatan dan farmasi UIAM.
    •  Mengikuti rancangan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) oleh MARA untuk ke luar negara. 
    •  Mengikuti sebarang program peringkat ijazah pertama dalam negara. 
    •  Masalah kesihatan dengan disokong oleh Laporan Perubatan Hospital kerajaan.
    •  Sebab-sebab lain mengikut keputusan mesyuarat.
Tags

Post a Comment

2Comments

  1. mcm mne nk byr yurn utk progrm sains 2 thun skli gus 2 thun atau thun pertma dlu?

    ReplyDelete
  2. Anonymos : rase nye thun prtama dahulu , kemudian ,apabila hendak memulakan pengajian tahun kedua, wang 290.00 harus dibayr .

    ReplyDelete
Post a Comment