SENYAP Vol #1.1 : Altimet Feat Bro Framestone

Anamarza
0
Apa itu SENYAP?

SENYAP atau Social Enforcement For National Youth Awareness Program , merupakan satu program kesedaran IT oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) . SENYAP juga berfungsi sebagai satu platform yang merapatkan jurang antara blogger dan kementerian.

Rentetan dari kejayaan SENYAP Vol 1.0 yang diadakan di PWTC  pada 18hb September 2011 yang lalu, SENYAP Vol #1.1  pula akan dianjurkan. Maklumat lanjut berkaitan program SENYAP Vol #1.1 boleh dibaca dibawah:




Info SENYAP 1.1 

Maklumat berkaitan tarikh, masa dan tempat Program SENYAP 1.1 ini bakal berlangsung adalah seperti berikut:

Tarikh berlangsung :  11 April 2012 
Waktu : 9:00 malam sehingga 10:00 Malam 
Tempat : Aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya. 


Untuk pendekatan yang berlainan, SENYAP 1.1 akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON) dan juga Bro Framestone (Senyap Blogger). Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya, Vyrec memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show


Cara menyertai SENYAP Vol#1.1


Untuk Makluman, Program Senyap ini terbuka kepada golongan belia dalam linkungan umur 15 tahun hingga 40 tahun dan hanya 200 tempat sahaja disediakan. Kepada yang berminat menghadiri program ini sila:
  1. Lengkapkan borang penyertaan di  https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dHB3YmtYM3ZkRFV2U3BZcS1aLWJlR2c6MQ 
  2. Sahkan kehadiran di page RSVP @ https://www.facebook.com/events/260733577354662/ 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 April 2012. 


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec.
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)