Kuih Lapis Nyonya Pelangi

Anamarza
5
 * Entry autoPublish*
~ Masih berjalan-jalan di Kuala Lumpur lagi ~

Cantik tak Kuih kat sebelah ni?

Ni la namanya Kuih Lapis Nyonya, tapi sebab saya buat 7 warna jadi sesaje je la letak perkataan pelangi kat belakangnya tu.

Kuih Lapis Nyonya pelangi ni saya letak warna biru, ungu, putih (warna asal adunan) , hijau , kuning, merah jambu dan oren. Tapi sebab tangan yang membuatnya tak pro, makanya ada la lubang udara yang kelihatan.

Apa bezanya Kuih lapis ni dengan kuih lapis yang biasa tu?

Untuk makluman korang, kuih ni menggunakan tepung hoon kue (hoen kwe). So rasa kuih lapis nyonya ni ada sedikit berbeza dari kuih lapis yang biasa tu.

Tepung hoon kue (hoen kwe) tu tepung apa?



Tepung ni ada berbagai warna, ada warna putih, hijau, dan kuning . Kalau korang pernah makan kuih tako, kuih tu dibuat guna tepung ni la. Rupa packaging tepung  hoon kue (hoen kwe)  cam gambar kat bawah ni:



Resipi Kuih Lapis Nyonya


Resipi boleh tengok kat bawah ni ya :


Bahan A
150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan B
180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

BAHAN C
Ikut kesukaan



Cara membuatnya :
  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....

Selamat mencuba untuk semua!!!!


Post a Comment

5Comments

  1. cantik2.. rasanya mcm mana yer? :D biasanya sya mkan yg kaler hijau rsa pandan.

    ReplyDelete
  2. owh baru tahu camni rupanya tepung tu... tak pernah beli pun...
    apa lagi kuih yg mnggunakan tepung ni yer..

    cantik nampak rupa kuih lapis yg berwarna-warni ni..

    ReplyDelete
  3. terasa nak makan le pula benda alah ni...

    ReplyDelete
Post a Comment