Raqib & Atid : kenangan zaman sekolah rendah
Masa zaman sekolah rendah dulu kita ada belajar tentang malaikat kan?
Masa ustaz/ustazah terangkan tentang malaikat Raqib dan Atid yang ditugaskan mencatat kebaikan dan kejahatan/keburukan yang kita buat, masa tu apa yang terlintas kat kepala korang?
Terutama sekali kalau diterangkan yang Malaikat Raqib berada di sebelah bahu kanan dan menulis kebaikan yang kita buat dan Malaikat Atid pulak berada di sebelah bahu kiri dan mencatit segala keburukan/kejahatan yang kita lakukan. Pernah terfikir tak bagaimana caranya Malaikat tu mencatat dan pernah tak kalau korang nak buat jahat korang rasa takut, takut nanti malaikat Atid terus tulis keburukan yang kita buat?
Mesti korang pelikkan tetiba je keluar entry tentang malaikat Raqib & Atid pulak ni?
Okey la citernya camni, Safiyya semalam cerita dia belajar tentang tugas malaikat yang akan menulis kebaikan dan keburukan . So dia tanya mama, kalau dia buat camni nanti malaikat tulis tak, kalau dia kacau adik malaikat akan catit tak dia buat jahat. Tu aje....
Bila dia sibuk bertanya tu la yang ter"recall" kenangan zaman kecik-kecik dulu... Masa lepas belajar tentang tugas 2 malaikat tersebut, memang bila nak buat sesuatu je, terfikir nanti malaikat akan tulis tak kalau buat perkara ni (tak kira la buat baik ke atau sebaliknya mesti terlintas kat fikiran punyalah...korang?)
Hadis berkaitan 2 malaikat Raqib & Atid:
Dalam Hadis ini diterangkan beberapa perkara mengenai kedua Malaikat itu:
(1) Satu berada di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri setiap orang manusia.
(2) Yang di sebelah kanan ialah yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri, yang menulis amal jahat.
(3) Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan tiap-tiap satu kejahatan ditulis satu kejahatan sahaja.
(4) Amal jahat tidak ditulis melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam - dengan arahan dari Malaikat sebelah kanan.
(5) Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun dari Allah Taala dalam tempoh yang tersebut, maka kejahatan itu tidak ditulis.
Kedua-dua Malaikat yang tersebut - sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini - tidak bercerai daripada orang itu walau sesudah ia meninggal dunia. Mereka diperintahkan tinggal tetap di kuburnya bertasbih, bertahmid dan bertakbir hingga ke hari qiamat dan pahala zikir mereka yang tersebut ditulis oleh mereka dalam surat amal orang itu.
Sebaliknya jika ia kafir, maka mereka melaknatnya hingga ke hari qiamat.

Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang di sebelah kanan tunggu dahulu; lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
(Tabarani dan Ibn Marduwiah)
Dalam Hadis ini diterangkan beberapa perkara mengenai kedua Malaikat itu:
(1) Satu berada di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri setiap orang manusia.
(2) Yang di sebelah kanan ialah yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri, yang menulis amal jahat.
(3) Tiap-tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh kebajikan, dan tiap-tiap satu kejahatan ditulis satu kejahatan sahaja.
(4) Amal jahat tidak ditulis melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam - dengan arahan dari Malaikat sebelah kanan.
(5) Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun dari Allah Taala dalam tempoh yang tersebut, maka kejahatan itu tidak ditulis.
Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati - maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu."Allah s.w.t Maha Mengetahui akan segala yang lahir dan yang tersembunyi, tetapi bagi melahirkan kebesaran kerajaan-Nya dan keadilan pemerintahan-Nya maka segala apa jua yang dilakukan oleh setiap manusia - sama ada yang baik atau yang buruk - diperintahkan menulisnya dalam surat amalnya oleh dua Malaikat yang ditugaskan khas mengenainya supaya dapat dilihat dan dibaca oleh orang itu sendiri pada hari akhirat kelak.
(Abu al-Syeikh dan Tabarani)
Kedua-dua Malaikat yang tersebut - sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini - tidak bercerai daripada orang itu walau sesudah ia meninggal dunia. Mereka diperintahkan tinggal tetap di kuburnya bertasbih, bertahmid dan bertakbir hingga ke hari qiamat dan pahala zikir mereka yang tersebut ditulis oleh mereka dalam surat amal orang itu.
Sebaliknya jika ia kafir, maka mereka melaknatnya hingga ke hari qiamat.
Sumber : http://www.islamgrid.gov.my
Memang kita semua patut 24jam terbayang tugas Raqib & atid ni, dari kecik sampailah mati...
ReplyDeleteAllah swt sgt maha pemurah.
ReplyDelete