Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus

Anamarza
6
Isu bulu berus dari bulu khinzir ni dah lama, cuma mungkin ada antara kita yang tak sure bulu berus yang macam mana yang dikatakan di buat menggunakan bulu khinzir. Ni saya kongsikan cara nak mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus (diambil dari perkongsian di Facebook), sebagai panduan :


Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.




Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..

Sumber : ( بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم)

Tags

Post a Comment

6Comments

  1. n3 yang sangat baik untuk di kongsikan.. terima kasih ye...:)

    ReplyDelete
  2. Owh.. Thanks atas perkongsian yang sangat berguna ni.. =)

    ReplyDelete
  3. bagus info ni kak...pasni boleh la check sebelum beli

    ReplyDelete
  4. uishh..nasib baik lah ada info ni..
    boleh jugak kita kesan bulu tu bulu khinzir ke tak..

    tq share info ni!

    ReplyDelete
Post a Comment