Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia

Anamarza
2
Fakta/info berkaitan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) :

  • SARA 1Malaysia merupakan satu skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur. 
  • Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. 
  • Permohonan untuk SARA 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari 2012.
  • Permohonan dibuka kepada pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan. 
  • Melalui SARA 1Malaysia, rakyat yang berkelayakan akan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat. 
  • Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS 1Malaysia dan pelabur hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama lima tahun. 
  • SARA 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB. 
  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. 
  • SPV mendapat pinjaman dengan kadar yang kompetitif daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Simpanan Nasional.
  • Daripada RM500 juta (Jumlah Pembiayaan yg ditawarkan), sebanyak RM100 juta akan diberikan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi kepada SPV untuk membayar kadar faedah kepada institusi kewangan yang terbabit.
  • Manfaat SARA 1Malaysia ialah SPV mendapat "pulangan" daripada kerajaan dan dividen apabila melabur dalam AS 1Malaysia.
  • Faedah yang merangkumi skim ini membolehkan SPV mendapat pendapatan dan menjamin pulangan menarik kepada pelabur.
Tags

Post a Comment

2Comments

Post a Comment