SARA 1 Malaysia apa pendapat korang?

Anamarza
5
Apa pendapat korang dengan konsep hutang dan labur dalam  Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) . Maksud saya perlu ke kita berhutang semata-mata nak melabur?


Memang la orang kata kita berhutang tu sebab nak dapat hasil dari pelaburan yang dibuat. kalau tak buat camtu sampai ke sudah kita tak mampu nak melabur. Ya ada betulnya jugak lagi pulak ni pelaburan yang dijamin oleh kerajaan kan.


TAPI kalau kita ni memang dah dikelilingi dengan hutang, hutang belajar lagi, hutang kereta hutang rumah pendek kata macam-macam jenis hutang kita ni ada perlu ke nak tambah hutang lagi. Tepuk dada tanya keperluan masing-masing. Asal jangan sampai kita berhutang sampai beranak pinak hutang kita tu sudah la kan nanti tak pasal-pasal jadi cam lagu salleh Yaakub "Gali lubang tutup lubang" sampai bila nak habis. 


Sekirannya ada duit lebih baik gunakan duit sendiri cuba elakkan dari membuat pinjaman. 


Pinjaman atau Qard dalam perbendaharaan fiqh muamalah Islam hanya digunakan untuk memenuhi keperluan mendesak dan tidak harus dijadikan wahana mengejar keuntungan. Walaupun memberi pinjaman tanpa faedah disunatkan dalam Islam tapi menerima pinjaman adalah suatu yg perlu diwaspadai, takut2 tidak mampu membayar balik.

Nabi SAW memperingatkan dlm satu hadis:

 يغفر الله عزوجل للشهيد كل ذنب الا الدين 
"Diampunkan segala dosa orang yg mati syahid kecuali hutang". 

Malah dalam banyak hadis diberitakan Nabi SAW seringkali menolak utk mengimamkan solah jenazah bagi yg masih belum melangsaikan hutangnya. Dlm hadis lain, digambarkan

نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ 
“Roh orang Mukmin tergantung dengan sebab hutangnya, sehingga dilangsaikan baginya”. 

Sebab itulah Nabi SAW sentiasa mengajar kita utk mengelakkan diri drp behutang hinggakan satu doa diajar kepada Abu Dzar al-Ghifari

"وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال " 
(Dan aku memohon kepada Engkau (YA Allah) daripada terbelenggu dengan hutang dan manipulasi manusia")

Sumber : FB Asyraf Wajdi Dusuki


Tags

Post a Comment

5Comments

  1. ni skim baru pulak ke?aduhhh tak larat lah nk banyyakkan hutang lg.

    ReplyDelete
  2. setuju, tak perlulah sampai berhutang sebab nak melabur. Baik guna duit sendiri, kalau mmg dah takde, tak perlulah melabur besar2..

    ReplyDelete
  3. baik kita mengurangkan hutang, drp mbebankan diri..

    sebelum berhutang, kena fikirkan dulu komitmen tiap bulan tu.. mampu bayar ke tak, jika tak mampu, tak usahlah berhutang... berdikit2 lah membuat simpanan.

    ReplyDelete
  4. klu buat pinjaman bulan2 dapat rm134. byar kepada bank rm 84 je..so lebih lg rm 50 sbgai duit blanja..bkn nk tambah hutang..skim ini untuk tujuan membantu..lepas 5 tahun dapt blk rm 5000..memang menguntungkan..kepada yang layak wajib memohon..tidak membebankan..

    ReplyDelete
  5. klu buat pinjaman bulan2 dapat rm134. byar kepada bank rm 84 je..so lebih lg rm 50 sbgai duit blanja..bkn nk tambah hutang..skim ini untuk tujuan membantu..lepas 5 tahun dapt blk rm 5000..memang menguntungkan..kepada yang layak wajib memohon..tidak membebankan..

    Betul dan yakin ke tidak membebankan? Cakap lagi mudah dari membuek dan rasenya.

    ReplyDelete
Post a Comment