Demam : Ketika Hamil & Berpantang

Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Demam?

Korang pernah tak alami demam sewaktu mengandung atau semasa dalam pantang?

Sekiranya korang mengalami demam sewaktu hamil, adakah korang rujuk pada doktor dahulu baru ambil ubat atau korang terus je makan panadol?

Tahukah korang, terdapat kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam sekurang-kurangnya 3 kali melebihi 39.0 darjah Celcius, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection) maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. 

Walupun kajian ini dikatakan agak lemah hujahnya , namun langkah berjaga-jaga perlu diambil. Ini kerana demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudarat pada bayi.

Terutama sekali sekiranya si ibu mengalami demam yang tinggi pada awal kehamilan. Ini kerana demam yang tinggi dikhuatiri boleh menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida ( khususnya jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan)

Walau bagaimana pun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.

Bagaimana pula sekiranya si ibu mengalami demam sewaktu masih dalam pantang?

Mungkin ada yang menyangka bahawa demam ketika dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Mungkin juga ada dikalangan kita yang hanya menelan ubat panadol sahaja dan hanya datang untuk melakukan pemeriksaan apabila mengalami demam yang terlalu tinggi. dan rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu .

Demam dalam ‘tempoh berpantang’ ini ada kalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian dari kesan komplikasi proses melahirkan anak.

Demam dan rasa sakit ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh berlaku ketika proses kelahiran sama ada kelahiran normal melalui faraj (vaginal delivery) atau secara pembedahan Cesarean. Ia juga boleh berlaku di sepanjang tempuh menyusukan anak.

Walaupun proses kelahiran bayi adalah proses fisiologi yang normal, namun tidak semua wanita dipermudahkan ketika menjalani proses kelahiran. Jadi kecederaan fizikal boleh berlaku, dan selalunya berlaku koyakan di sepanjang saluran kelahiran bayi, sama ada di pangkal rahem (cervix) atau di faraj terutama apabila bayi yang dilahirkan bersaiz lebih besar dari yang dijangka.  

Sesetengah wanita menpunyai luka dari kecederaan itu yang tidak dapat sembuh dengan sendirinya kerana selepas proses kelahiran, banyak perubahan fisiologi yang membantutkan proses penyembuhan ini.

Jadi sekiranya korang mengalami demam sewaktu berpantang atau ketika hamil, seeloknya rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan yang lebih teliti.

Comments

Popular Posts