Bolehkah makan buah oren (atau minum jusnya) ketika hamil?

Anamarza
8

Korang pernah tak dinasihatkan untuk tidak makan buah oren masa mengandung?

Seingat saya masa mengandungkan anak pertama dulu, ada rakan sepejabat yang menegur jangan makan banyak sangat buah oren masa awal preggy takut ada effect kat baby. Masa tu pelik jugak, kenapa pulak tak boleh makan bukan kah buah oren tu kaya dengan vitamin C?

Lagi pulak, Vitamin C yang ada pada buah oren segar kan ke boleh mengurang risiko jangkitan selsema. Selain itu buah oren juga mengandungi sumber antioksidan Hesperidin yang dikatakan mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi, juga mempunyai keupayaan mengurangkan bengkak dalam tubuh.

Bukan setakat vitamin c sahaja, Jus oren yang diproses segar jugak mengandungi folic acid dan kalsium yang boleh membantu meningkatkan daya tahan badan. Semua orang tahukan yang Folic Acid ni sangat penting bagi seorang wanita yang hamil. Folic acid bukan sahaja berguna bagi membentuk sel-sel baru bagi pertumbuhan fizikal janin (bayi) dalam rahim bahkan ia juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Tuk lebih details kat bawah ni senarai kandungan khasiat dalam buah oren serta jusnya:




Nilai nutrisi buah Orange Florida
Nilai nutrisi dalam 100 g
Tenaga192 kJ (46 kcal)
Karbohidrate11.54 g
- Gula9.14 g
- Serat2.4 g
Lemak0.21 g
Protein0.70 g
Thiamine (Vit B1)0.100 mg (9%)
Riboflavin (Vit B2)0.040 mg (3%)
Niacin (Vit B3)0.400 mg (3%)
Pantothenic acid (B5)0.250 mg (5%)
Vitamin B60.051 mg (4%)
Folate (vit. B9)17 μg (4%)
Vitamin C45 mg (54%)
Kalsium43 mg (4%)
Iron0.09 mg (1%)
Magnesium10 mg (3%)
Phosphorus12 mg (2%)
Potassium169 mg (4%)
Zinc0.08 mg (1%)
(Peratusan berbanding dengan makanan untuk orang dewasa)


Begitu banyak khasiat dari buah oren dan jusnya kenapa pulak dikatakan buah oren ni tak elok bagi wanita yang sedang mengandung?

Sebenarnya bukan la seratus peratus tak elok, dan rasanya tiada pulak larangan pengambilan buah oren semasa mengandung kan? Cumanya bagi wanita yang mengandung cukuplah makan buah limau / oren atau jusnya dalam kadar yang sederhana. Kalau nak makan boleh makan tapi beringat jangan terlebih.

Ini kerana :
  • Jus dari buah oren sangat berasid (antara pH 2.9 hingga 4.0). Bagi wanita yang di awal trimester pertama (terutama bagi yang mengalami loya dan muntah) mengambil jus oren boleh menyebabkan perut semakin tidak selesa, lebih-lebih lagi jika wanita btersebut mempunyai masalah gastrik (pedih ulu hati)
  • Kebanyakan pakar pemakanan mencadangkan agar tidak minum jus buah-buahan melebihi 300 ml dalam sehari, kerana selain mengandungi vitamin, jus buah-buahan juga mengandungi kadar gula yang banyak. Dimana kandungan gula yang tinggi boleh memudharatkan gigi lebih-lebih lagi kepada wanita hamil . So dicadangkan dan digalakkan agar tidak mencampurkan gula dalam minuman jus limau.
  • Vitamin C pada kebiasaannya tidak berkumpul di dalam badan, selalunya akan keluar melalui pembuangan air kencing. Namun jika terlalu banyak kuantitinya dikhuatiri akan menyebabkan batu karang pada ginjal. Seeloknya teliti jumlah vitamin c yang kita ambil samada dari suplement atau dari buah mahupun jus buahan. Dose pengambilan vitamin C seperti yang dicadangkan oleh Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine and the National Academy of Sciences, USA adalah sebanyak 85 mg setiap hari. Sebiji buah oren akan membekalkan 45mg vitamin C. Maksima yang dibenarkan untuk pengambilan vitamin C ialah 2,000 mg dalam sehari. Sementara keperluan vitamin C untuk wanita yang menyusukan pula ialah 120mg sehari.
  • Perlu dingat Jus oren yang bagus diminum adalah dari jus yang diproses segar. Bukan dari pati orange yang telah disediakan di kilang. Ini kerana dengan cara ini kita dapat memanfaatkan serat yang ada pada buah orange.
Bukan setakat wanita yang sedang hamil sahaja perlu beringat agar tak terlebih makan buah oren ni, kita yang tak berbadan dua ni pun kena sedar diri juga. Sebabnya jika terlalu banyak makan buah oren, ia boleh menyebabkan batuk kerana asid pada limau boleh menyebabkan tekak mempunyai banyak lendir. 

So, if ada tanda-tanda nak batuk tu dinasihatkan agar berhenti dulu makan buah limau untuk kesihatan kita juga kan.

Tags

Post a Comment

8Comments

  1. kakyong suka makan buah oren.. dari awal pregnant, mesti tiap hari sebiji.. lagipun memang buah feveret sejak kecik lagi.. ;) yg penting jgn makan berlebih-lebihan..

    ReplyDelete
  2. sy tengah pregnant ni. hr2 mkn buah oren skrg sbb dah dpt sekotak buah oren mandarin tu. tapi mkn pun tak lebih dr 2 biji shr.

    ReplyDelete
  3. sy slaloo makan buah oren dan boleh buat sy ilang loya.. sy xtau agak bahaya..tp sy da termakan banyak..membahayakan ker baby sy?

    ReplyDelete
  4. Xpe ke klau tiap hari minum twister

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya kurangkan pengambilan jus yang diproses sebegitu. Gula dalam minuman jus yang diproses agak tinggi. If nak minum jus oren, try buat sendiri tanpa penambahan gula itu lebih baik.

      Delete
  5. saya semester pertama ni hari2 minum jus twister...utk ilangkan loya....hmmm risau pulak kalau kata tak bagus

    ReplyDelete
  6. Kalau saya tengah pregnant ni minum sunquick boleh tak ye

    ReplyDelete
Post a Comment