Posisi tidur yang mana satu menjadi kebiasaan korang?

Anamarza
9
Yang mana satu posisi tidur dalam gambar dibawah menjadi kebiasaan korang?



Rasanya semua tahukan posisi tidur yang disarankan dan menjadi sunnah Nabi S.A.W. sabda Nabi s.a.w yang bermaksud "Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan."

Sekirannya ada antara posisi tidur yang dinyatakan dibawah menjadi kebiasaan korang, pas baca ni fikir-fikirkan lah untuk membiasakan diri dengan saranan nabi.
  • Cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat, kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. 
  • Cara tidur secara menelengkup pula tidak praktis untuk pernafasan. 
  • Cara tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana cara ini akan menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi alirah darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. 
  • Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau menghadap kanan.

Perlu juga diingat nak tidur pun kena ada adabnya juga, bukan main baring , pejam mata pastu lena sahaja. Antara adab tidur ialah:

a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya.

b) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat."

c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra: "Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan."

d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka."

e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sama-sama la kita mengamalkan sunnah nabi sekalipun sewaktu "mati sementara" ni ya kerana kita sendiri belum tentu akan bangkit pada keesokan harinya!!!

Sumber : My Masjid
Tags

Post a Comment

9Comments

  1. yg tido no 2 tu kelasss ko maria..haha..tp memng selesa la tidur menghadap kanan

    ReplyDelete
  2. assalam ana..mula tidur memang kekana ana..kadang2 tu..pusing2 jugak kan.

    ReplyDelete
  3. mula2 tidur belah kanan.. bile bangun pagi posisi dah lain x sedar berpusing hehehhee

    ReplyDelete
  4. semua care kt ats tuuu kaklimah tido..ahak3 :P

    ReplyDelete
  5. selalunya posisi No 1 & 10. hahaha

    ReplyDelete
  6. kalau saya posisi 7 dan 8 kot...:)

    ReplyDelete
  7. kakyong kalo tidur mesti berselimut.. tp kaki mesti terkeluor..

    ReplyDelete
Post a Comment