Pengiraan Perubahan Gaji Dari SSM ke SBPA : Tunggu & Lihat je la

Anamarza
5
Rata-rata penjawat awam ramai yang duk kecoh pasal perubahan tangga gaji dibawah SBPA, Ramai jugak yang buat entry berkaitan cara pengiraan tannga gaji yang baru dibawah SBPA nanti yang dikhabarkan akan diguna pakai bermula Januari 2012.

Sebagai isteri kepada suami yg keje gomen, harus la ambil tahu serba sedikit kan, walau hakikatnya tak faham sangat pun, TAPI tetap tengok jugak contoh pengiraan Perubahan Gaji Dari SSM ke SBPA yang blogger-blogger duk post kat blog masing-masing tu kan.

Kesimpulan dari duk search berkaitan hal ni, rasanya tak perlu la kalut or terlalu gembira dengan jumlah kenaikan yang beratus tu. Sebabnya ada part-part tertentu yang nampak berlubang dalam Pekeliling Rasmi SBPA untuk penjawat umum, guru dan PDRM. Antara yang heboh duk diperkata pasal pekeliling tersebut ialah ketiadaan Lampiran C.  Tak sure jugak lampiran C tersebut berkaitan tentang apa.

Ada jugak yang kata, ketiadaan Lampiran C dibuat kerana menjaga kerahsiaan gaji kakitangan kerajaan agar tiada pihak2 tertentu yang mengambil kesempatan, terutama kemungkinan harga barang akan naik bila gaji kakitangan kerajaan naik dengan amaun yg banyak. Ada juga yang cakap, lampiran C tu ada dalam video taklimat berkaitan SBPA.

Lagipun Kongress Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) akan mula bersidang hari ini (14hb) selama 3 hari berturut2 bagi membincangkan dan mengkaji semua aspek dalam SBPA demi kepentingan semua penjawat awam. Wait and see la kan apa kata CEUPACS berkaitan hal ini.



Tags

Post a Comment

5Comments

  1. Lampiran C = Sifir Gaji SBPA

    ReplyDelete
  2. jadual gaji dirahsiakan... hmmmm

    ReplyDelete
  3. pening bila tengok cartanya..

    ReplyDelete
  4. apa yg tertera di screen taklimat berbeza dengan apa yg ditunjukan rajah di lampiran c...ni yg pasti

    sebab tak bagi lampiran c,kerana nak sembunyi yang ni kut,gaji JUSA dan premier..langsung tak nampak..haru sungguh

    ReplyDelete
  5. lampiran C disembunyikan....ade kes gred 52 naik almost rm600..gred54 naik 200...but JUSA nak beribu-ribu....hmm....adilnya....renung-renungkanlah....

    ReplyDelete
Post a Comment