Kek Marble Badam

Anamarza
4

Ni projek membaking malam semalam. Tak sempat sejuk lg anak teruna dah minta nak makan. So terpaksa la jugak potong, kalau tak ada yang merajuk pulak.

Sepertimana namanya "Kek Marble Badam" semestinya lah ada penggunaan badam dalam resepi ni kan. So time makan tu pun harus la rasa badam jugak. Pada yang nak tahu camna rasa sebenar kek ni sila buat sendiri ya, resepi ada kat bawah ni (^_-)

Resepi Asal : Pn. Shamsiah Md. Shariff 
Sumber : Rinnchan & Ummizaihadi@Home Sweet Home

Bahan-bahan: (akak guna loyang bulat 6 inci)

  • 250gm mentega(*akak guna Golden Churn brand)
  • 5 1/2 oz gula castor(*akak letak 150 gm)
  • 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C (*akak guna 4 biji saiz A/210 gm)
  • 1 oz badam kisar (*akak letak 60 gm)
  • 5 oz tepung naik sendiri(*akak letak 145 gm)
  • 2 susu makan susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu teh esen rose
  • sedikit pewarna merah dan hijau(*akak letak biru, ungu dan pink)
Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
  4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian tanpa pewarna.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
  7. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sambil tindih menindih untuk membentuk corak marble.
  8. Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.

Post a Comment

4Comments

  1. Malam-malam buat kek, rajin ana...:)

    ReplyDelete
  2. samalah kat rumah saya juga..
    baru kuar oven masih panas lagi dah tak sabor nak makan..
    sebenarnya makan panas sedapkan..

    ReplyDelete
  3. sedap nya..
    nk culik resepi ni..
    thah jd ke idak ni..

    ReplyDelete
  4. memang betul2 rajin Ana nih.. membaking kek/roti...

    ReplyDelete
Post a Comment