Kek Alunan Kasih : membaking sebelum balik Terengganu

Maghrib semalam baru sampai dari Lipis selepas seminggu duk santai-santai di sana. Pagi esok akan bertolak ke Terengganu pulak.


Petang ni sempat buat Kek atas permintaan anak-anak yang teringin nak makan. Surf blog-blog masakan jenguk kat dapur maya diaorang mencari resepi kek , last-last decide buat Kek Alunan Kasih ni je.


Dulu dah pernah buat, kalau nak tengok hasil Kek Alunan Kasih yang terdahulu cari sendiri je la kat label kek. Yang sebelum ni, kawan saya cakap dah rupa cam warna ikan finding nemo, so kali ni guna warna lain pulak, pink, hijau dan ungu.


Bagi yang nak cuba boleh tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat kek ni kat bawah ya :

KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
sumber : AmFlora
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

Comments

  1. memang galak membaking nih.. kira dah expert lah ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnya....nanti nak cuba buat jugalah :)

    ReplyDelete
  3. cantik...kalau saya mesti kasih tak beralun.. berombak ribut petir semua ada..hahaha..bab2 decorate ni pening sikit..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts