Janin Dalam kandungan dilarikan bunian (penjelasan secara scientifik)

Pernah dengar cerita wanita yang dikatakan sedang mengandung tiba-tiba perutnya kempis atau bayi didalam kandungannya hilang . Dikalangan masyarakat melayu kita situasi dimana janin dalam kandungan hilang secara tiba-tiba sering dikaitkan dengan janin tersebut dilarikan bunian .


Bab janin dikatakan hilang dek kerana dilarikan Bunian tu saya tak nak komen, sebab misteri alam mistik tu kita memang tak tahukan. Salah bagi pendapat kang buruk padahnya. Samaada betul berlaku atau tidak Wallahu a'lam.

Namun kejadian janin dikatakan hilang dalam kandungan ada penjelasan dari segi scientifiknya. Keadaan ini dinamakan Pseudocyesis atau Pseudopregnancy, dimana seorang wanita yang tidak hamil mempercayai dirinya hamil , sekalipun mungkin tiada langsung tanda fizikal yang menunjukkan dia hamil.



Wanita yang menghidapi Pseudocyesis ini boleh menunjukkan/mempunyai tanda-tanda yang serupa dengan wanita hamil seperti:

  • Tidak kedatangan darah haid
  • Rasa loya dan muntah
  • Rasa bengkak dan sakit di payudara
  • Mengalami pertambahan berat badan 
Ada terdapat kes dimana wanita yang mengalami Pseudocyesis didiagnosa oleh doktor dan jururawat sebagai kehamilan yang benar disebabkan kesukaran untuk membezakan diantara kehamilan benar dengan "helah" yang meyakinkan.

Pseudocyesis boleh terjadi kepada :
  • Wanita yang berumur akhir 30an atau awal 40an yang telah lama mencuba untuk hamil dan mempunyai masalah kesuburan.
  • Wanita yang mempunyai emosi yang tidak stabil kerana didesak oleh keluarga untuk hamil
  • Wanita yang baru sahaja diuji dengan musibah keguguran atau kehilangan anak yang masih kecil
Teori Psycodynamic juga menerangkan bahawa Pseudopregnancy disebabkan konfilk emosi akibat dari keinginan yang kuat untuk hamil. Ini menyebabkan ransangan pada hypothalamo-pituitary-adrenal axis yang meyebabkan beberapa hormon dikeluarkan. Hormon yang tidak stabil ini tadi boleh menyebabkan wanita tersebut dapat "merasakan kehadiran bayi dalam rahemnya".

Cara terbaik untuk mengenal pasti samaada wanita tersebut benar-benar mengandung atau sebaliknya ialah dengan melakukan ujian urine pregnancy test dan pemeriksaan ultrasound (USG)


Sumber : http://drzubaidi.com/blog/?p=1198

Comments

  1. owh, ada namanya ya..

    tapi macammana pulak kes.. yg memang betul mengandung.. perut pun dah sarat (lebih 7 bulan), masa scan pun memang nampak.. tetiba perut kembis.. x kan nak cakap benda tu gangguan emosi kot.. ??

    ada kes pernah berlaku di kg kami dulu.. kesian.. doktor pun x leh nak kata apa.. jd tinggallah kenangan kad merah ajer..

    tiap kejadian tu pasti ada hikmahnya..WA.

    ReplyDelete
  2. oh..perkongsian yg menarik dari segi scientifiknya...

    ReplyDelete
  3. Wow ! erm,ingatkan betul2 dicuri olh bunian....~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts