Bayaran PTPTN melalui pengeluaran KWSP



Boleh ke buat bayaran balik PTPTN melalui pengeluaran KWSP ?

Jawapannya, memang boleh tapi ada syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan PTPTN ialah:
  1. Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
    • Bagi pengajian Ijazah dan Diploma, perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.
  2. Permohonan pengeluaran oleh ibu/ bapa peminjam:
    • Bagi Ijazah, perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
    • Bagi Diploma,perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas.
Bagaimanakah cara/ kaedah pengeluaran KWSP bagi tujuan pembayaran?

Kaedah memohon pengeluaran KWSP adalah seperti berikut:
  1. Pelajar perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pinjaman/ Pembiayaan (terdapat dalam laman web PTPTN)/ di kaunter Ibu Pejabat PTPTN dan di One Stop Centre, KL Sentral.
  2. Lain-lain syarat dan perkara perlulah dirujuk terus kepada KWSP kerana KWSP mempunyai peraturan tersendiri mengenai kaedah memohon pengeluaran ini.
Syarat-Syarat Bagi  Tujuan Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Pendidikan ;
  1. Pinjaman Pendidikan dibuat dengan Institusi Kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Bank Rakyat, JPA, MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, MIED, Yayasan Tenaga Nasional, Yayasan Telekom Malaysia / TMB, Petronas, Yayasan Biasiswa Tun Sambanthan, Koperasi yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Koperasi atau mana-mana institusi yang diluluskan oleh KWSP termasuk  pinjaman  Pendidikan di antara majikan dengan pekerja (ahli) untuk membiayai pengajian ahli (pekerja) sahaja; DAN
  2. Perjanjian Pinjaman Pendidikan dibuat atas nama ahli atau anak ahli (KWSP) atau kedua-duanya serta perjanjian tersebut mestilah ditandatangani pada atau selepas tarikh kuatkuasa perlaksanaan pengeluaran berdasarkan peringkat pengajian; DAN
  3.  Ahli / anak ahli (KWSP) mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian tersebut; DAN
  4. Kursus pengajian yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini.
Note : Klik di  sini untuk melihat senarai  institusi  pemberi pinjaman yang diluluskan bagi tujuan mengurang / menyelesaikan  baki pinjaman pendidikan atau kunjungi mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP yang berhampiran.

Untuk keterangan lanjut berkaitan syarat pengeluaran boleh rujuk di laman KWSP di link:




Sumber : laman Web PTPTN & KWSP

Comments

Popular Posts