Pizza Crispy : Lebih nipis lagi Crispy!

Anamarza
5
Safiyya dari semalam demam. Demam rindu sampai tidur pun menyebut-nyebut nama wannya (wan = nenek). Memang dah lama dia tanya bila nak balik rumah atok kat lipis. Awal minggu ni lagi kerap dia bertanya, dah agak dah kalau asyik bertanya tu kemungkinan untuk dia demam tu tinggi peratusannya, terutama kalau dah lebih dari sebulan tak balik ke sana. Sabar ya sayang, esok kita balik kampung ya!

Okey la, berbalik pada tajuk entry , Pizza Crispy : Lebih nipis lagi crispy ni sebenarnya pizza yang dibuat last week . Tapi nak jugak kongsi gambar dan resepi Pizza tu, tak kisah la cerita basi sekalipun, heheheh.

Abaikan topping yang tak cukup bahan tu ya, dah tu je yg ada , bantai je la!

Dek kerana nak membuatnya senang dan tak cerewet mana dan pada saya sesuai bagi yang baru nak cuba-cuba try buat pizza, so kat bawah ni saya perpanjangkan resepi nya.

Pizza Crispy @ Crispy Pizza
Sumber asal : Yani@myresipi
Sumber rujukan : Home Sweet Home

Bahan:-(2 biji)
200 gm tepung roti (*)
1/2 sudu besar gula (*)
1/2 sudu kecil garam (*)
2 sudu kecil baking powder (*)
1 sudu besar olive oil (guna minyak biasa je)
130 ml air

Topping:- (ikut suka hati)
Daging kisar, bawang besar, button mushroom, sos tomato, sos cili, garam, sedikit serbuk oregano, serbuk lada hitam, mozarella cheese 

Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata. Masukkan pula olive oil dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5 -10 minit. Kemudian uli dengan tangan hingga licin. Buat bentuk bulat, wrap dengan plastic wrap dan biarkan 30 minit. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah ditarik-tarikh doh biar jadi lebih nipis. Lebih nipis, lebih crispy. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping kesukaan pada pizza. Bakar selama 10 - 15 minit.

Post a Comment

5Comments

  1. kak, tepung roti tu camne ek kak...amie ni tengok orang buat memacam, teringin la jugak nak buat..tp takut keciwa...huhu

    ReplyDelete
  2. kalo guna tepung biasa, boleh kan..??

    ReplyDelete
  3. KALAU MUNNA KENA BUAT BASE DIA TEBAL...SEBAB MEYA MAKAN ROTI TU JE... TOPPING DIA BUANG GITU JE

    ReplyDelete
  4. letak byk cheese sdp ni..hehhe

    sy taq anamarza ye
    http://kunangkunang3017.blogspot.com/2011/11/kene-tag-dan-kene-mengetag.html

    ReplyDelete
Post a Comment