Ramai yang jadi KANIBAL tanpa sedar

Anamarza
13
*kanibal (cannibal) bermaksud Orang yang makan daging manusia (a person who eats human flesh.)


Percaya tak, ramai antara kita yang jadi KANIBAL tanpa sedar, kalau tak caya jugak ce tengok video kat bawah ni :




Sanggupkah kita makan daging saudara kita sendiri?

Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya..." (Surah al-Hujurat, ayat 12).


Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)



Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Sumber : mymasjid.net , SunnatulHuda Enterprises ,
Tags

Post a Comment

13Comments

  1. nauzubillah....

    semoga Allah menerima keampunan kita...

    ReplyDelete
  2. tanpa kita sedar kann hmm kadang terleka..

    moga Allah sentiasa dihati kita dan segera jauhi perkara yg mungkar..

    ReplyDelete
  3. peringatan buat kita yg mudah terleka

    ReplyDelete
  4. tu yg kdg2 malas nak join jiran bersidai pagi2 sambil depa dok tunggu jam 10 (masa utk masuk dapur).. ;)

    ReplyDelete
  5. Terbaik entry ni!!

    Mari kita elakkan diri dari menjadi cannibal.

    ReplyDelete
  6. takmo!
    takmo!

    sungguhpun skrg aku dah fully duk rumah... takde lagi terjoint geng mesyuarat tingkap ni...

    ReplyDelete
  7. tak nak jadi kanibal gak..Ya Allah, jauhkan lah aku dari jadi kanibal samada sedar atau tidak sedar. amin

    ReplyDelete
  8. Ana..terima kasih kerana mengingatkan..ada masa kita terlupa..

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana mengingatkan sesama kita.. x nak jadik kanibal..huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment