Musuh ku musuh mu jua

Anamarza
4

Jika kita tak suka kan seseorang jangan hasut orang lain untuk turut sama membenci , kerana memutuskan silaturrahim itu berdosa.  Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

Tetapi sekirannya kita diminta untuk tidak berkawan dengan orang yang memang berperangai buruk takut diri kita akan terikut-ikut berperangai buruk juga, elok la diturut nasihat itu.

Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karib)nya. Kerana itu, ada baiknya seseorang dari kamu meneliti dulu siapa yang akan dijadikan sahabatnya" (HR Abu Dawud dan At-Tarmizi).

Imam Ibnu Atha'illah dalam kitab Hikam mengatakan, "Berteman seorang bodoh yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, jauh lebih baik daripada berkawan dengan seorang 'alim yang selalu memperturutkan nafsunya"

Fikir-fikirkan!!!

Sumber : RENUNGAN & DAKWAH ISLAM , http://ii.islam.gov.my
Tags

Post a Comment

4Comments

  1. kadang2 manusia ni tak mahu jadi pemaaf..bila kita kata..sedangkan nabi pun maafkan umat..dia kata aku bukan nabi..tapi sebab kita bukan nabi la kita lagi kena maafkan org..tah la..yg pasti.. syaitan tu musuh yg nyata..

    ReplyDelete
  2. musuh jgn dicari....klu boleh semuanya munna nak berkawan

    ReplyDelete
  3. ana..ada masanya..bukan sebab memutuskan silatulrahim..tapi untuk meneyelamatkan diri dari terus jadi mangsa..

    ReplyDelete
Post a Comment