Menyusukan anak dapat menjarakkan kehamilan ?

Anamarza
9
Menyusukan anak dapat menjarakkan kehamilan ?
Fakta atau Auta?

Apakah yang dimaksudkan menyusukan anak bagi menjarakkan kehamilan?
Situasi dimana seorang ibu menggunkan kaedah menyusukan anak dengan susu badannya sendiri (fully breastfeeding) tanpa menggunakan alat atau ubatan pencegah kehamilan yang lain.  juga dikenali sebagai Lactational Amenorrhea Methods (LAM).

Ia merujuk kepada suatu jangkamasa ketidaksuburan bagi wanita yang baru melahirkan anak, dengan syarat wanita itu masih tidak kedatangan kitaran haid dan menyusukan anaknya dengan susu badan sepenuhnya.   (lebih kurang 6 bulan pertama selepas kelahiran)

Berapa kah peratus kejayaan kaedah ini dalam menjarakkan kehamilan?
Keberkesanannya dikatakan boleh mencapai 98-99.5 peratus jika memenuhi semua kriteria seperti dibawah:
1. Bayi yang dilahirkan berusia enam bulan kebawah (tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran)
2. Si ibu masih belum didatangi kitaran haids
3. Ibu menyusukan anaknya secara eksklusif

Bagaimana cara yang betul untuk mempraktiskan kaedah ini dgn jayanya?
Teknik/cara penyusuan yang betul dapat membantu menjayakan kaedah ini. Penyusuan yang dikatakan dapat membantu menjarakkan kehamilan ialah yang bersifat ekologi ( ecological breastfeeding) iaitu :

  • Menyusu dari seawalselepas  kelahiran
  • Menyusu bayi sekerap yang mungkin
  • Memberikan bayi hanya susu badan sahaja (tidak sama sekali memberi susu formula, makan (solids food) atau air kosong.
  • Bayi menyusu direct dari puting si ibu (bukan menyusu susu badan yang diperah dan bukan menyusu menggunakan botol susu)
  • Tidak memberikan bayi puting tiruan (pacifier) 
  • Menyusukan anak dengan posisi berbaring
  • mendakap anak dengan erat
  • Si ibu dan anak tidak berpisah lama (tidak lebih dari 4 jam)

Apakah kelebihan dan kelemahan dari mengguna pakai kaedah ini?
Kelebihann : Satu kaedah semulajadi yang selamat untuk diguna pakai. Tidak ada kesan sampingan dan boleh dipraktikkan sebaik sahaja selepas kelahiran. Boleh menguruskan badan dan tidak perlu kepada ubatan (hanya perlu kepada pemakanan seimbang dan supplement untuk meningkatkan kualiti  air susu sahaja). Tidak perlu rutin lawatan ke klinik (kalau ambil pil dah habis pil kena gi klinik untuk ambil pil lagikan?)

Kelemahan : Hanya boleh di guna pakai untuk tempoh yang singkat (kurang dari 6 bulan untuk keberkesanan yang maksimum). Perlu menyusukan anak sekerap mungkin (exclusive breastfeeding)

Bolehkah wanita yg bekerja mempraktikkan kaedah ini? 
Kurang sesuai untuk golongan yang bekerja kerana masa dengan anak adalah kurang. Peratusan kejayaan juga akan menurun bagi golongan ibu yang bekerja yang hanya menyusukan anak bila berada dirumah sahaja (sebelah malam dan hujung minggu)





Tags

Post a Comment

9Comments

  1. aku tak berani wey rancang guna kaedah ni.. kang ada yg setahun 2x beranak hihihi!!!

    rasanya keberkesanan kaedah jarakkan anak dgn fully BF bergantung pd kesuburan individu tu jugak kot...

    ReplyDelete
  2. betul kata kak ngah..kawan acik..ingatkan sebabkan fully BF tak datang haid lagi..rupanya dan ada lagi..taunya bila dah bergerak..
    sebab dia tidak haid dan tak mabuk hamil..

    ReplyDelete
  3. Yer..setuju di atas kelemahan kaedah ni. 'hnya berkesan dgn max utk 6bln pertama slps kelahiran shja'...
    Dan disebabkan itulah..sy melahirkan anak yg ke2..just after abg berumor 6bln, sy dapati sy hamil lg walaupon fully breastfeed..hihiii...
    Tp tu la kan, working mama ni ssh la sket nk direct feed bb..
    So slhkan diri senirik gak..ehehe:-P

    ReplyDelete
  4. tak berani nak guna cara ni semata2..mesti ada cara backup juga :D

    ReplyDelete
  5. rasanya cara ni berkesan kalau betul caranya kut kak..sebab mak amie tak kerja kan...boleh lah full BF semua anak2 nya..mak amie memang jarak anak tiap2 2 tahun..sebab mak kata tk dtg haid 2 tahun..ermm..kena lngsung x campur dn direct feeding rasanya..

    ReplyDelete
  6. Huh.. rasanya tak juga cara atas ni.. wife kami rasa dia dah macam pregnant... ter excident gak ni

    ReplyDelete
  7. sya bekerja x full bf tp still xdtg haid da nk msk 9bln..cek pn xpregnant...normal ke tu

    ReplyDelete
  8. sy stil nyusu anak umur dh 7 bln. tp x fully fb, bkerja. isau jgk stil x period. tp semalam kuar ckit cecair coklat..x pasti tu period ke x sbb today x de lak..mmg cmtu ke

    ReplyDelete
Post a Comment