Kaedah Semulajadi (Perancang Keluarga)

Baru ni ada rakan sekerja hubby yang buat spekulasi mengatakan my hubby mengalami alahan mengandung (sebab tahun lps masa saya awal2 preggy my hubby turut terkena tempias merasa alahan). Ni gara-gara my hubby tak sihat kerana diserang vertigo tu la. Memandai je diaorang buat spekulasi camtu. TAPIKAN....

Hihihii bukan nak kata spekulasi tu betul, cumanya kitaorang ni kan guna kaedah semulajadi (Perancang Keluarga) . Dah tu pulak saya ni dari pengalaman yang sebelum ni, memang anak dah genap setahun baru "datang bulan".  Ditambah pulak memang jenis yg tak de alahan mengandung lagi la tak perasan dah "berisi' atau tidak. Sibuk duk mengulit si Ainul tak de terfikir "Rezeki" yang tu pun.

Kenapa guna kaedah semulajadi?

Sebab utamanya kami percaya pada ketentuan Allah S.W.T . Tak kira apa jenis kaedah perangcang keluarga sekalipun yang kita guna kalau dah Allah mahukan “Jadilah!maka terjadilah ia (Kun Fayakun)” . Sebagai hamba apa yang kita mampu buat hanya la usaha/ikhtiar , doa dan tawakkal , selebihnya berserah pada Allah.

Bagaimana merancang dengan kaedah semulajadi?

Emmmmmm, tah la tapi masa lepas bersalinkan Safiyya dulu sewaktu decide nak try guna kaedah semulajadi rasa risau jugak. Takut tak berjaya!

Dengan ilmu yang cetek teruskan juga dengan keputusan yang dah dibuat, sesambil tu godek internet mencari maklumat. Rupanya banyak cara yang boleh dipraktiskan. Alhamdulillah misi merancang dengan kaedah semulajadi berhasil sampai la satu saat persetujuan bersama dicapai untuk tidak meneruskan misi tersebut.

Bagi yang baru bergelar ibu dan nak cuba kaedah semulajdi merancang keluarga boleh pertimbangkan cara-cara seperti dibawah ya:
  • Mengunakan kaedah masa selamat, 
  • Check suhu badan (masa subur/ tidak subur), 
  • Prihatin dengan keadaan Mukus serviks (perubahan kepekatan dan warna) ~ Kaedah cairan dan lendiran faraj 
  • Kaedah menyusukan anak ( Lactational Amenorrhea Method ~LAM) ~ tanpa haid dalam tempoh penyusuan
  • Azal (mencabut zakar sebelum ejakulasi).
  • Kaedah gabungan (menggabungkan 2 atau lebih kaedah yang tersenarai diatas)
*Sedikit info berkaitan hukum azal  :  Ulama berbeza pndapat ( khilaf) dlm menentukan hukum `azal (hukum merancang keluarga - umumnya). Ada 4 pendapat: 
1- Imam al-Ghazali mengharuskan merancang keluarga secara mutlak 
2- Tidak boleh langsung / secara mutlak. Ini adalah pendapat Ibnu Hazam, Ibnu Hibban dan lain-lain.
3- Boleh sekiranya dipersetujui isteri kerana anak juga adalah hak isteri. 
4- Imam an-Nawawi berpendapat ianya makruh.
(sumber : youtube)
Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr). (sumber : halaqah.net)

Comments

Post a Comment

Popular Posts