Muffin Coklat : Memenuhi Permintaan
Muffin Coklat |
Sekejap je licin , tak sedar ngap lepas satu, satu Muffin ni |
Untuk resepi boleh tengok kat bawah ni. Sedap!!!!
MUFFIN COKLAT
sumber : Izah Muffin Lover
Bahan-bahannya:
A
2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B
2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
3/4 cawan air panas
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
aku pun selalunya buat style muffin. senang depa nak mkn amik sndr..
ReplyDelete