Cara nak mengaktifkan Facebook Timeline (Beta)
Baru ni pernah buat entry berkaitan Facebook Timeline di entry Facebook Timelines : A New Profile Design. Kalau tak silap Facebook timelines ini akan mula beroperasi start 1hb Oktober 2011 ni kot.
Bagi yang nak tahu bagaimana cara nak mengaktifkan Facebook Timeline (Beta) ni boleh tengok kat bawah.
Bagaimana untuk mendapatkan Timeline di profile anda? Ikuti langkah-langkah dibawah (klik gambar untuk lebih jelas):
1- Buka page Developer (https://developers.facebook.com/apps), Allow Access sekiranya anda belum pernah membuat sebarang aplikasi.
2- Klik pada Create New App dan masukkan nama yang anda mahukan. Contoh Display Name: Timelinedan Namespace: my_timeline_profile.
3- Pada sidebar di sebelah kiri, klik Open Graph.
4- Lengkapkan ayat diruangan yang disediakan. Contoh: "People can read a book". Seterusnya tekan Get Started. 5- Klik Save Changes and Next pada page pertama dan kedua. Pada page ketiga klik Save and Finish(sekiranya anda Advanced user, boleh cuba ubah data yang dipaparkan).
6- Buka laman utama Facebook (http://www.facebook.com), kotak notifikasi untuk Timeline akan dipaparkan. Ikut langkah yang diberikan, try n error.
8- Siap.
Buat masa ni, hanya mereka yang sudah mengaktifkan aplikasi Developer sahaja yang akan dapat melihat Timeline anda. Yang lain hanya dapat melihat profile lama anda (Only developers will be able to see my new timeline. Everyone else will see my old profile).
Anda boleh mengemaskini Timeline anda bermula dari anda dilahirkan sehingga kini. Anda cuma perlu halakan mouse anda di garisan tengah sehingga jadi bentuk "+" dan klik.
Merah: Perbezaan antara update status biasa dan update status pada garisan (butang "+"). Update statuspada garisan kalendar akan dipaparkan untuk anda kemaskini mengikut tarikh yang anda mahukan. Namun, kalendar tersebut hanya boleh dipilih bermula pada hari kedua anda dilahirkan sehingga kini.
Hijau: Kalendar yang dipaparkan, saya lahir pada 22 Jun 1990, kalendar ini hanya boleh dipilih bermula 23 Jun 1990.
Untuk kembali ke profile lama, anda cuma perlu Delete aplikasi ini.
3- Tekan pada Edit App.
4- Pada sidebar kiri di bahagian bawah sekali tekan Delete App.Sumber : kautharhilmyz.iluvislam.com
fb dh smakin advance skrg nie.
ReplyDeletetapi saya still lagi suka fb yg lama.
saya dah buat timeline tapi saya nak ubah ke biasa balik ,mcm mana?
ReplyDeleteNak tekan save changes tu dekat mana ?
ReplyDelete