Berbudi Kepada Tanah

Anamarza
2
Projek hubby di waktu senggang "Berbudi Kepada Tanah".

Anak Pokok Kunyit
Diriwayat oleh Anas bin Malik, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Anak Pokok Pisang (Pelbagai jenis)

Dalam hadis marfu‘ pula, daripada riwayat Abu Ayyub Al-Anshari, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman melainkan Allah Azza Wajalla menetapkan baginya ganjaran pahala sebanyak jumlah yang dihasilkan oleh tanaman tersebut”. (Hadis riwayat Ahmad)

Anak Pokok Pisang lagi

Diriwayat oleh Aisyah Radhiallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 Maksudnya: “Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Anak Pokok Salak

"Dari Sulaiman bin Yasar, bahawa Rapi' bin Khadij berkata: Rasulullah Sallahu Alahi Wasalam bersabda:
 Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau jika dia tidak berupaya melakukannya hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakan hanya seper tiga dan seper empat" (Riwayat Al-Imam Abu Daud)

Pandan, Kari dan Kucai

Abu Umamah Al-Bahili menceritakan bagaimana Rassulullah menegur sahabat yang memiliki bajak dan perkakasan pertanian yang lain tetapi tidak digunakan (disia-siakan). Rasulullah mengingatkan bahawa Allah akan mendatangkan kehinaan kepada mereka yang mensia-siakan peralatan sebegitu.

Mmmmm not sure, kena tanya tukang tanam dulu...hihihii

Kat atas ni sebahagian je, ada lagi yg tak sempat disnap...bersambung di lain masa

Post a Comment

2Comments

  1. hye..slam perkenalan..thanks sbb sudi follow blog sy...selamat hari raya...

    ReplyDelete
  2. bestkan,slain dapat hasilnye dapat gak kuarkan peluh...1 cara gantikan senaman..:)

    ReplyDelete
Post a Comment