Suka makan Ayam Golek?

Sumber pic dari  asyrafhamasaki.blogspot.com
Ramai antara kita yang suka makan daging ayam, tul tak?

Bagaimana pulak dengan ayam golek?

Pernah makan? sedap tak?

Sekarang ni memang dah merata orang yang menjual ayam golek ni kan. Harganya pun boleh tahan jugak, ada yang meletakkan harga RM20.00 untuk seekor ayam golek, dan ada juga yang letak RM9.00 untuk separuh ekor ayam tersebut. Lain tempat lain peniaga lain harga yang ditawarkan.

Bulan Ramadhan ni lagi ramai yang jual ayam golek ni kan? Hampir setiap bazaar Ramadhan ada yang menjualnya.

Ayam golek ni pun banyak versinya jugak kan?

Opppsss bukan nak bercerita pasal pelbagai versi ayam golek jauh sekali nak beri resepi masak ayam golek, cuma nak tanya korang la kan, kalau ayam golek yg dijual ditepi-tepi jalan tu korang sanggup beli tak? Terutama peniaga ayam golek yg gerainya open air sesangat, means tak de dinding kiri kanan, apatah lagi bahagian depan.

Faham maksud saya? Tepi jalan, terbuka, kereta lalu lalang, pemanduan yg laju, debu?

Bukan nak mengutuk atau nak promosi korang jangan beli ayam golek tepi jalan tu, cuma harapnya la kan peniaga-peniaga ayam golek yang menjual di tepi-tepi jalan tu cuba la berinovasi dan kreatif sikit, buat la dinding kaca kiri kanan dan bahagian depan tempat ayam tu nak di panggang bergolek tu kan. At least kurang sikit terdedah dengan debu yang berterbangan sewaktu kereta menderu laju tu .

Korang bayangkan berapa lama ayam tu nak dipanggang bergolek camtu, kalau dah menjual tepi jalan, tempat memanggang terbuka tak berdinding sedikit pun, cuaca panas, jalan berdebu agaknya kemana debu tu akan tersebar saat kereta melalui jalan tersebut?

Agaknya DEBU tu la penambah perisa pada ayam golek tu kot!!!!

Buat korang yang bercadang nak membeli ayam golek, pilih la gerai yang kurang terdedah dengan debu-debu berterbangan tu ya....banyak lagi peniaga yang titik berat bab-bab kebersihan makanan ni, cam dalam gambar dibawah:

Comments

  1. hihihi..betul la kak..berapa banyak debu la yg terkumpul..

    ReplyDelete
  2. sy pun slalu pikir camtu..x penah pun beli ayam golek yg kat tepi2 jalan tu..pasal debu dr kreta2 confim melekat ke ayam tu...

    ReplyDelete
  3. x penah lagi beli ayam golek kat bazar Ramadhan.. ntah lah.. kureng gemar pulak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts