Keterujaan berpuasa

Pertama-tama sekali nak wish selamat berpuasa buat semua, kedua nak mohon ampun sekirannya ada terlanjur kata sepanjang bersiaran di blog ini dan sewaktu berkunjung ke laman blog kalian.

Bagaimana hari pertama berpuasa?

Saya cam biasa je, mungkin sebab dah practise berpuasa bulan Sya'ban. Tapi Keterujaan nak sambut Ramadhan tu memang terasa, Cam semalam kekonon nak membeli barang-barang basah kat pasar, pepagi lagi hubby dah bersemangat ajak keluar awal pagi, plan asal nak pergi ke pasar minggu di bandar Maran. Sampai kat sana, tawaf sampai 5 kali kawasan pasar tu tak de parking la pulak, plan nak parking dekat Pasaraya Tunas manja, tak kisah jauh berjalan pun asal dapat pergi, tapi kat parking Tunas Manja tu pun penuh. Terus hubby ajak pergi Bandar Temerloh, kekononnya kalau lambat sikit mungkin tak ramai dah orang kat pasar minggu disitu. Tapi apa kan daya sampai tu hujan ditambah pulak dengan kereta yang berderet-deret terus cancel , ambil keputusan balik beli kat Jengka je.

Mmmmm korang perasan tak sekarang dah tak de element of surprise dah kan, bila tarikh permulaan puasa atau tarikh 1 Syawal, Apa yang tercatat kat Kalander itu tarikh yang sebenarnya. Atau adakah faktor kita dah berusia yang menyebabkan tida lagi keterujaan untuk mendengar pengumuman tarikh permulaan puasa?

Satu lagi, selepas 22 tahun kita terbiasa mendengar pengumuman tarikh 1hb Ramadhan , Syawal dan Dzulhijjah dari Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah terasa sedikit janggal bila pertama kali mendengar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad membuat pengumuman tarikh berpuasa semalam. Lenggok pengumuman yang berbeza, mungkin sebab dari sekolah rendah mendengar suara dan lenggok Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sampaikan dah boleh hafal cara penyampaian beliau.


Comments

  1. penyampai yg baru ni pun ok cuma cara pemyampaiannye xsuspen cam yg dulu kan.

    ReplyDelete
  2. tak tertengok pulak semalam. ye le, dari alam sekolah lagi dah biasa dgr suara dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts