Projek membaking ngan anak teruna

Anamarza
5

Buat simple mini muffin coklat kukus je. 

Buat ni pun time Safiyya dan Ainul dah tido, my hubby pulak ada solat Hajat kat sekolah. Sebab tak perlu nak masak tuk makan malam, jadinya ambil kesempatan buat Mini Muffin Coklat Kukus ni. Even nak membuatnya simple yang amat, dan muffin hasil campur tangan anak teruna ni tak berapa nak menggiurkan, tapi rasanya sedaappppp!!!!

Erk adakah kesedapan itu disebabkan resepinya atau dek penangan rifqi yang tolong mengacau adunan tu?

(^_-)

Okeyla pada yang nak cuba , pe kata salin resepi kat bawah ni eik.

MINI MUFFIN COKLAT KUKUS
Resepi: Maklang Azie
Sumber: Ummi Zaihadi

Bahan A:-
2 cawan susu cair (*akak guna susu segar)
1 cawan minyak masak/250 gm mentega dan cairkan. (*akak guna minyak masak)
1 3/4 cawan gula kastor (*akak guna brown sugar)
1 biji telor
1 sudu besar coklat emulco

Bahan B:-
250 gram tepung superfine/tepung gandum (*akak guna tepung naik sendiri)
50 gram serbuk koko (*akak guna Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat (akak x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)

Cara-Cara:-
Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*akak balut penutup kukusan dgn towel).

Post a Comment

5Comments

  1. aktiviti berkualiti dgn anak secara tak langsung..

    ReplyDelete
  2. rajin anak teruna Ana menolong mamanya...

    ReplyDelete
  3. rajin anak teruna menolong buat kek ek...boleh buat menantu idaman ni...tunggu auntie ada anak pompuan...

    ReplyDelete
  4. waa...acik amie malu tau dengan rifqi tau sebab acik amie tak reti pun nak buat muffin ni walaupun mama kata senang je..waa

    ReplyDelete
  5. klu zai tolong makan...hehehe...

    ReplyDelete
Post a Comment