Gosip hal rumah tangga!

Anamarza
5
Hari ni cam malas nak masak, sebab ketiadaan air. Tapi nak tak nak kena jugak , kalau tak masak kang bukan setakat perut sendiri yang kelaparan , kesian kat anak-anak, pagi tadi dah makan air tangan makcik gerai nasi lemak. Takkan la tengah hari ni pun nak merasa air tangan makcik kedai makan pulak kan. Nak tunggu air tah bila nak adanya, dari pagi tadi lagi tak de air ni, tunggu-tunggu kang ada sampai ke petang tak memasaknya. huhuhu haru sungguh la!!!

Sementara tunggu ayam hilang sejuk peti , ambil kesempatan nak ber"gosip" kat blog ni dulu. Opppsss bukan gosip artis ni tahu, cuma last entry saya ada sebut yang my hubby pergi balai polis kan. So la ni nak story la sebab musabab my hubby ke sana semalam. Sebenarnya my hubby semalam teman seseorang buat laporan polis je, dah orang tu minta tolong my hubby teman dia nak anak-anak nya buat laporan, dalam keterpaksaan atas dasar kawan pergi la jugak. Ikutkan kitaorang ni malas nak campur tangan dalam urusan rumah tangga orang. Tapi tu lah dah orang minta tolong tak sedap jugak kita tak hulurkan pertolongan kan.

Lagipun kesian kat anak-anak kawan my hubby tu, mak bapak yang nak bercerai anak-anak terheret sama. Tah la selama ni memang tak ambil tahu sangat, cuma ada juga la sebelum-sebelum ni tanya hubby pasal hal kawan dia tu, ya la kemana-mana kawan hubby tu pergi tak pernah terserempak ngan wife dia. Yang selalu nampak kawan my hubby tu ngan anak-anak dia je. Tahu diaorang ada masalah tapi tak sangka pulak sampai dah nak bercerai.

Bila dalam proses perceraian, kebiasaannya hak penjagaan sementara anak-anak jatuh kat tangan si ibu kan. Tapi bila dah anak-anak sendiri tak nak duduk dengan ibu diaorang, sepatutnya tak perlu la besar-besarkan hal tu sampai buat report polis cakap suami bawak lari anak la, tuduh suami ugut anak tak kasi anak duduk ngan ibu diaorang. Tah la dengar dari satu pihak camtu la citernya, sebab tu la semalam dia bawak sekali anak-anak ikut sekali buat report polis.

Saya pun malas nak tanya lebih-lebih, sebab musabab diaorang sampai nak bercerai tu. Cuma ada bisikan angin yang cakap ada orang ketiga, lagipun gaji si isteri ni tadi lebih sikit dari suami. No kmen la bab tu. Cuma kesian kat anak-anak diaorang terheret sekali dalam masalah tu. Sampaikan kawan hubby ni cakap " takkan aku nak tampar anak aku sorang-sorang, paksa duduk ngan mak diaorang pulak".

Betul jugakkan, dah anak yang tak nak, kenapa nak dipaksa!
Tags

Post a Comment

5Comments

  1. aduhai..macam2...kesian kat anak2..dorang jugak yg jadik mangsa..

    ReplyDelete
  2. la,siannya anak2 dia kan..lagi kesian kat mak dia sebab anak2 tak nak duduk ngan dia..sedangkan anak2 sepatutnya rapat dgn mak...wallahualam

    ReplyDelete
  3. mak n bapak bergaduh bercerai anak2 yang jadik mangsa...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah jadi parents buat ape pun effect anak2. Kena la fikir dulu sebalum buat ape2....

    ReplyDelete
  5. anak2 dah besar, dah boleh k & nampak baik buruk..

    sedih pulak kejadian mcm ni berlaku.. semoga kita dijauhkan dri hal mcm ni..

    ReplyDelete
Post a Comment