Tips Keharmonian Rumah Tangga gaya Sepah

Korang dah tengok Sepah beraksi kat pentas akhir Maharaja Lawak kan? So apa pendapat korang, layak tak sepah memegang title sebagai Juara?

Eh apa pulak kaitan Sepah ngan tajuk entry ni pulak kan?  Ha apa kata korang refresh balik ngan tengok video Sepah kat bawah ni:



So Camna dah boleh tangkap dah?

Senang cerita tgk je la watak yang shuib bawak tu, watak seorang isteri yang cemomot ngan rambut menggerbangkan. Sebenarnya even berkain batik, berbaju kurung kedah dan rambut tak diikat sekali pun kalau kena ngan gayanya nampak kemas dan cantik jer kan. Yang penting bagaimana pembawakan diri kita tu. Kalau nampak lesu tak bermaya, pastu mulut asyik nak membebel cari salah suami guana gayanya tu.

Satu lagi komunikasi antara suami dan isteri tu penting. Kalau rasa nak luahkan perasaan kat suami nak minta sesuatu atau nak berbincang apa-apa pun faktor masa dan tempat tu kena di ambil kira. Jangan sampai anak tengok kita berbincang tu dah macam gaya nak gaduh. Budak-budak ni cepat tangkap situasi yang ala-ala tegang, cam safiyya la even mama dan abah dia duk berbincang dengan nada mendatar pun siap cakap " tak yah gaduh la, pening kepala kakak" kitaorang pakat gelak jer dengar Safiyya cakap camtu.

Kat bawah ni saya kongsikan tips keharmonian rumah tangga. Kalau korang ada tips lain yang nak ditambah, meh la kongsi  kat sini...

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri, pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang
Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata, sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, menghabiskan masa bersama.

3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat. Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat- saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda. Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan, cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.

Sumber : http://mkmm79.blogspot.com

Comments

  1. sepah menang ni rasa macm rezeki dorang je kak..tp memang lawak dorang lawak melayu..mcm kumpulan senario dulu..tips ni kena praktiskan selalu barula rukun rumahtgga kan kak

    ReplyDelete
  2. boleh diamalkan ni (^_^)

    ReplyDelete
  3. bagus tips2 ni diamalkan.....

    tak jemu2 tgk lawak sepah ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts