S.I.B.U.K jadikan tips kebahgiaan rumahtangga

Anamarza
2
Biar betul S.I.B.U.K boleh dijadikan tips dalam mencapai kebahgiaan rumahtangga ?

Agak-agak korang la kan boleh ke bila dah pasangan suami dan isteri tu sibuk dengan kerje masing-masing rumah tangga bertambah bahgia dan hubungan semakin erat dan bertambah-tambah rasa cinta dan sayang?
Ce jawab ce jawab!

(^_-) hihii

Dah tentu la boleh kan. Bak kata pepatah nak seribu daya kalau dah tak hingin tu banyak la alasannya. Even tak sibuk pun sesaje buat sibuk bila musim dingin bertandang. Sepatutnya bila masing-masing sibuk terbit rindu dalam hati, dek kerana kurangnya masa bersama yang betul-betul berkualiti. Emmm betul tak?

Sebenarnya S.I.B.U.K tu ada maksud yang lain, setiap huruf tu mewakili perkataan tertentu. Ni tips dari Ustazah Siti Nurbahiyah sebenarnya. Saya cuma perpanjangkan sahaja mengikut kefahaman sendiri. So, apa kata kita tengok apa maksud tersirat disebalik perkataan S.I.B.U.K :

S - sentuhan

I - idaman

B- belaian

U - urutan

K - kejutan


Sentuhan
Seboleh-bolehnya cuba sentuh pasangan kita sekerap atau sebanyak yang boleh. Mungkin masa sedang bersembang-sembang kosong , atau secara spontan sentuh manja tangan dia sewaktu sedang menonton TV.

Idaman
Jadilah suami atau isteri idaman pasangan kita. Kalau tak tahu bagaimana isteri atau suami idaman pasangan kita ce tanya, secara berseloroh ke secara terang-terangan ke. Jika mampu cuba penuhi, kalau tak, cuba jadi yang terbaik dimata dan dihatinya.

Belaian
Ikut korang la nak belai tang mana, rambutnya ke, tangan nya ke, janggutnya ke, pipinya ke, ehem ehem ke, yang penting cuba cari peluang untuk belai pasangan kita. Tak kisah la nak belai waktu tengah nonton Tv ke time baring-baring nak tido ke, ikut kesesuain dan mood semasa.

Urutan
Pernah tak korang urut pasangan korang? Korang tawar diri ke atau atas permintaan suami baru korang urut? hehhe tu jawab sendiri-sendiri la ya. Nanti next entry kita story-story pasal urutan ni kat entry khusus eik (^_-)

Kejutan
Ha siapa tak suka pada kejutan (surprise!) sila angkat mouse? Ada kan yang tak berapa nak terima kejutan-kejutan ni, lantak pi la dia nak kata "buang tebiat ke , bagi-bagi kejutan bagai ni?", tah tah mulut je cakap camtu dalam hati siapa la yang tahu kan.

Okey la tips S.I.B.U.K ni  hanya la sebagai usaha kita dalam membajai rasa cinta dalam perkahwinan. Usaha tu penting jangan duk fikir tak yah buat semua tu pun, tips-tips ni semua tak penting mana, dah kahwin kan, masing-masing jalan tanggungjawab masing-masing cukup la. Huh ada ke yang fikir camtu?

Note : sekadar entry pendapat dari saya sahaja kalau ada yang tak kena inform eik, saya pun still belajar ilmu-ilmu rumah tangga ni..peaceee!!!!

Post a Comment

2Comments

Post a Comment