Petua malam jumaat buat pengantin baru ,....

Anamarza
2
Eh bukan untuk pengantin baru jer tau, petua ni elok diamalkan oleh semua wanita yang bergelar isteri. Petua isteri sentiasa dara, elok diamalkan sebagai satu usaha untuk menjaga diri kita luar dan dalam. Tak perlu keluar duit pun cuma kerajinan jer yang diperlukan untuk menjadikan amalan ni satu rutin harian. Insya Allah dengan izinNya kita akan sentiasa dara, dan suami pun semakin sayang (*_^)

Tak payah nak intro panjang-panjang, apa kata kita tengok cara nak kekalkan ke'dara'an :

Setiap kali lepas solat Isya', ambil air segelas kemudian :
  1. Baca Al-Fatihah sekali, 
  2. Ayatul Qursi sekali dan 
  3. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 
  4. Tiup dalam air dan minum. 
  5. Jangan lupa niatkan dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Cubalah amalkan!

Post a Comment

2Comments

Post a Comment