Pernah cuba?

Anamarza
1

Ni story zaman muda sikit dulu, perbuatan cam orang yang tak berapa nak educated berlagak cam jahil-jahiliah pun ya jugak kot. Tah camna boleh terjebak pun tak tahu la, mungkin atas niat suka-suka nak berseronok dan tanpa secalit pun nak mempercayai. Pengaruh rakan sebaya pun ya jugak kot.

Kaitan gambar kat atas ngan story ni?

Hmmmm korang pernah tak menggunakan rantai emas sebagai satu medium untuk tahu huruf pertama bakal suami korang?

Yang nih saya tak pernah cuba sebab time tu tak pakai barang-barang kemas ni. Tapi pernah tengok kengkawan yang buat.

Selain dari nak tahu huruf pertama bakal suami, jumlah bilangan anak yang akan kita lahirkan pun pernah jugak tengok orang buat. Yang ni rakan sepejabat dulu yang buat, tapi tak berapa nak recall camna cara dia buat. Kalau tak silap pegang rantai secara terjuntai ngan tangan kanan dan tangan kiri pulak berada dibawah juntaian rantai tadi. Berapa kali rantai tu bergerak menunjukkan bilangan anak, tapi camna corak gerakan rantai tu tak ingat dah. Tah betul tah tidak, dah namanya suka-suka kan.

Selain guna rantai ada juga yang tengok jodoh atau bilangan anak melalui tapak tangan, jari, cincin, dan tah apa-apa lagi la. Bila diingat-ingat zaman tak berapa nak lama dulu, rasa cam hampeh jer camna la boleh terjebak ngan aktiviti camtu...
Tags

Post a Comment

1Comments

  1. tak penah tau yang ni. yang tgk kat tapak tgn ada le. kurafat hampeh. eh ana, tajuk link saya tu terpublish lah. undo balik, nak edit. dua tiga ari lagi akan post balik heh

    ReplyDelete
Post a Comment