Kepentingan makan ubat cacing bagi kanak-kanak.

Anamarza
6
Sejujurnya, saya bukan lah seorang ibu yang terbaik untuk anak-anak saya, tapi saya cuba sedaya mungkin untuk jadi yang terbaik. Kenapa saya cakap camtu, sebabnya ada sesetengah perkara tanpa sedar saya terlepas pandang. Contoh paling senang, pengambilan ubat cacing untuk anak-anak saya. Baru-baru ni terlewat dari tempoh yang sepatutnya.

So pada yang bergelar ibu jom kita tengok apa faedahnya pengambilan ubat cacing, tu pun kalau korang tak nak kejadian cam dalam gambar bawah ni berlaku kat anak korang (^_-)


Sebagai pengenalan, Jangkitan cacing ni dikategorikan sebagai satu jangkitan parasit, yang mana cacing ini tadi boleh hidup dalam darah , usus dan organ tubuh manusia. Bila dah namanya parasit, cacing ni akan makan apa yang kita makan.

Bagaimana Cacing dapat masuk dalam badan?
  • Apabila termakan telur cacing yang berada dalam makanan yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dari gerai yang tidak berapa mengamalkan kebersihan .
  • Sekiranya tidak mengamalkan basuh tangan sebelum makan. Makan dengan tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca kepada jangkitan cacing ini.
  • Cacing juga boleh masuk melalui kulit kaki yang terdedah.
  • Sekirangan tandas (jenis tandas duduk) yang diguna tidak bersih , terutama di tandas awam. 
  • Cacing juga boleh disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan.

Bagaimana Cacing membiak dan hidup dalam badan manusia?

Sekiranya termakan makanan yang mengandungi telur cacing, telur cacing tersebut akan menetas dalam usus kecil . Cacing tersebut akan membesar kerana mendapat zat makanan di usus sewaktu proses penghadaman berlaku. Cacing yang dewasa akan mengawan dan bunting seterusnya akan mula bergerak ke usus besar dan  rektum. Telur cacing ini akan keluar melalui najis.


Jenis- jenis cacing yang boleh hidup dalam badan manusia ialah:
  • Cacing cangkuk (hook worm)
  • Cacing gelang (round worm)
  • Cacing benang (thread worm)
  • Cacing kerambit
  • Cacing pita (tape worms)

Simptom-simptom telah dijangkiti cacing:
  • Pucat akibat kekurangan darah merah (anaemia)
  • Cepat rasa lemah dan letih akibat kekurangan zat makanan.
  • Kurang selera makan
  • Abdomen kelihatan kembung
  • Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur
  • Perkembangan fizikal (kanak-kanak) mudah terganggu

Risiko atau kesan merbahaya jangkitan cacing ialah:
  • Jangkitan cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak
  • Cacing kerambit pula boleh menyebabkan luka pada usus
  • Manakala Jangkitan cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat sembelit dan kembung abdomen


Berapa kerap kanak-kanak perlu mengambil ubat cacing?

Pengambilan ubat cacing (deworming)  seharusnya diberikan samaada setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali bergantung pada situasi tertentu.

Bersambung di entry Umur yang sesuai untuk makan ubat cacing...

Sumber : drzubaidi.com
Tags

Post a Comment

6Comments

  1. faiz selalu makan ubat cacing 6 bulan sekali lah..setakat ni dah 2 kali dan nasib baik takde cacing..tapi selalunya ila lupa gak nak bagi onspot...seminggu lepas tu baru ignat...hehehe

    ReplyDelete
  2. gerun tengok cacing tu.. kite yg dewasa ni bleh kena cacing tak? ank sy bln 4 lepas dh makan ubat cacing kt klinik.. terima kasih atas info.. appointment damia ke klinik akan dtg nak tnya bile lagi nk bg makan ubat cacing ni.. tak sanggup tgok cacing tu beranak pinak dlm usus damia.. gerunnnn

    ReplyDelete
  3. bila umur paling sesuai utk bg ank mkn ubat cacing ek? my son dh 3.5 years..dh bole mkn ke?

    ReplyDelete
  4. eeii..gerun ummi tengok gambar atas tu...a'ah, berapa umur anank yang sesuai untuk kita bagi makan ubat cacing?

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari yaya ...

    geli tengok pic tu ..
    yaya bg anak 6 bulan sekali..
    bila makan ubat ada la kuar sekor dua cacing kecik..hihi...

    ReplyDelete
  6. nak pitam lak tgk cacing tu....

    ReplyDelete
Post a Comment