First kek lepas berpantang

Sepanjang dalam tempoh berpantang, memang gian nak membaking. Tambah-tambah pulak anak-anak asyik request nak kek. Dalam sibuk dan menyibukkan diri mengemas barang-barang untuk berpindah ni pun keinginan nak membaking tu tetap tinggi.

Ish ish ish, tengah-tengah nak kemas barang dapur boleh pulak menggodek buat sebiji kek. Walau sekadar kek main campak-campak dan putar-putar sikit guna mixer pun jadi la kan, bak kata orang dapat jugak melepaskan gian tu.

Kek apa ?

Nak tahu ker?

Jeng jeng jeng....



Kek Pisang jer...(*_^)

Kalau yg berkenan nak buat kek main campak-campak , boleh ikut resepi kat bawah ni:

KEK PISANG MARBLE COKLAT (Saya tak buat marble pun, tak cukup bahan)
Sumber : Hanamemories , Noorsha
Cilok dari dapur Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
180g gula halus - hana kurangkan 150g je
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes


Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Psssttt : Lepas ni kek apa pulak yang akan digodek ditempat yang baru nanti eik. Tungguuuu!!!!!!

Comments

  1. cayalah!! samabil kemas2 pun siap bua kek sebijik!! kek pisang pulak tu.. sodappppp...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts