First godek-godek di rumah "baru"...Puding Karamel / gula hangus

Anamarza
3
Sebenarnya semalm lagi dah nak godek-godek buat puding gula hangus ni, tapi alkisahnya dek kerana tak de internet plus buku azimat segala macam resipi hilang tah mana tersorok time kemas mengemas masa sesi pindah memindah ari tu tak dapat la nak membuatnya. Ni la padah kalau terlalu bergantung dengan buku resepi dan internet plus rajin cuba macam-macam stail memask puding gula hangus ni. His tah bila nak pandai menggodek tanpa buku resepi pun tak tahu la.

Okey la, tutup cerita pasal tak pandai memasak, ni la hasil godek-godek petang tadi :
Dek kerana cuma ada susu pekat manis je kat umah, saya guna jer la resepi kat bawah ni:


Puding Karamel
Sumber : ToO GooD To Be TruE

6 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu teh esen vanilla


Bahan untuk Karamel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air


Cara Penyediaan Karamel
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang bulat 7 inci di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Tutup api dan ketepikan loyang biar gula sejuk.


Cara Penyediaan Puding
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan susu pekat dan air. Masukkan adunan ke dalam loyang berisi sos karamel dan kukus selama 25 minit atau sampai masak. Setelah masak sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Setelah sejuk boleh lah di hidang.


** Semasa mengukus, ikat tutup kukus dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas puding.

Post a Comment

3Comments

  1. hmmm lama tak buat. dah tua2 ni kurang sikit manis2

    ReplyDelete
  2. suka puding ni..habis tudung munna yg lama2 jadi pembungkus penutup tudung pengukus

    ReplyDelete
  3. kak, kalau resepi asal camne ek..dah lupa la..guna setin susu cair, pastu gula berapa?

    ReplyDelete
Post a Comment