SMS Percuma?

Anamarza
2
Mana - mana orang pun kalau ditawarkan dengan sesuatu yang berbentuk percuma mesti suka kan. Sifat sukakan sesuatu yang percuma tu kira tindak balas biasa bagi manusia yang normal, cumanya akal yang akan membataskan dan menimbang tara sesuatu yang percuma tu berbaloi atau tidak, betul atau salah.

Tu secara general la. Macam saya ni tiap - tiap bulan memang akan dapat SMS percuma ke nombor 8pax dari celcom, tapi cam rugi jer bukan rajin sangat nak berSMS pun, kalau SMS percuma untuk semua nombor berbaloi jugakkan.

Entry ni bukan nak cerita pasal SMS percuma dari Celcom ke Maxis ker apa ker, tapi nak tanya korang la..korang tahu tak pasal website yang tawarkan penghantaran SMS percuma ke sebarang nombor ni? Not sure tapi rasanya 100% percuma kot. Dulu masa zaman belajar, kira-kira dalam tahun 2002 dulu pernah jugak guna perkhidmatan SMS percuma dari laman web (tak ingat dah web apa). Kebetulan masa tu dah ada "somebody" so sebagai student tak kuasa la nak perabih duit kredit nak hantar2 masej selalu2 sangat. Jadi memang gunakan SMS percuma dari laman web tu jer la, tu pun kalau time masuk lab :(

Ingatkan dah tak de dah perkhidmatan SMS percuma tu, rupanya still ada lagi, salah satunya laman web MostSMS.com. Kita boleh hantar SMS ke semua mobil nombor tak kira la Celcom ker, Maxis ker, Digi ker secara percuma. Nak tahu lebih lagi rajin2 kan la diri pergi ke http://www.mostsms.com tu ya.

Daaaaa....selamat menikmati barang percuma (*_-)
Tags

Post a Comment

2Comments

  1. eh,ada lag iek...ingatkan dah takde dah...hehehe

    ReplyDelete
  2. nanti nak try la... lagipun la ni hp dah ranap.. huhuuu.. x leh nak guna hp dah..

    ReplyDelete
Post a Comment