Siapa nak tips dapatkan Buffered earning (BE) dari Nuffnang sila baca!!!

Anamarza
7

Nak tahu bagaimana cara nak dapatkan BE dari nuffnang?
Betul ker ada tips untuk dapatkan BE Nuffnang ni?

Okey la, tips ni hanya sesuai dibaca untuk yg newbie jer eik, dalam erti kata lain yg baru nak jinak-jinak ngan Nuffnang . Opppsss tips ni bukan dari saya tahu, tapi hasil dari search kat google dan kebanyakan yg dah merasa BE ni memberi tips yg lebih kurang sama. So saya just kongsi jer la. Saya pun baru-baru ni jer berpeluang merasa BE ni. Okey la kan at least merasa, walau tak masyuk tapi pernah gak merasa BE sedebok 6 sekaligus dari Nuffnang, tak caya boleh refer entry ni " Sesekali merasa 6 BE dari Nuffnang sekaligus."


Tips dapatkan Buffered earning (BE) dari Nuffnang:
  1. Isi dan Update paling tidak pun sekali sebulan "Blogger Bio Survey" -Saya tak pernah buat tapi baru-baru ni lepas buang banner iklan dari ads network yg lain tu ada la update semula Blogger Bio Survey tu, tak tahu la secara kebetulan atau apa kan. Bagi yg nak tahu sama ada cara ni boleh dapatkan BE atau tak, cuba la sendiri
  2. Meletakkan semua jenis ads units/banner ( LeaderBoard, Skycraper, Large Rectangle) ditempat yg strategik seperti yg disyorkan oleh pihak Nuffnang - Letak jer semua ketiga-tiga ads unit tu, tapi bukan bermakna letak terus korang akan dapat BE, sebab faktor lain pun mempengaruhi jugak. Bak kata Nuffnang :
    In addition, please take note that you're fairly new to our community and it takes a while for us to monitor your traffic consistently before we can propose your blog for any campaigns. Please be patient and we assure you that you'll receive ad campaigns from our advertisers as long as all your ad spaces are optimized.
  3. Mengekalkan Status "Glitteratti" - Jgn sesekali memadukan Nuffnang dengan meletak banner iklan dari ads network pesaing Nuffnang, melainkan blog korang ni memang fofular dan ramai UV mungkin outcomesnya berbeza.
  4. Mengekalkan trafik dan unique visitors (UV) - Yg nih saya tak sure ada yg kata paling kurang blog korang nak kena ada 200+ unik pelawat sehari ada yg kata 100+ unik pelawat pun dah okey. Tapi sejujurnya blog saya ni sekarang nak dapat 100+ sehari pun susah, camno tu?. Tapi UV ni rasanya memainkan peranan penting pada berapa RM yg korang dapat untuk satu-satu BE tu, kalau tinggi UV korang masyuk la RM yg korang dapat, tapi kalau cukup-cukup makan jer UV korang cam saya ni, ciput jugak la RM yg dapat.
  5. Hantar tiket kat nuffnang - Ada betul jugak kot tips yg satu nih, sebab saya pernah hantar tiket pasal isu MilkAdeal kat entry "Prihatin tak korang atau tak kisah????" dan entry "Nuffnang dah minta maaf...". Apa-apa pun korang cuba la, hantar jer la tiket tanya pasal apa BE ker apa ker kat pihak nuffnang tu. Cara nak hantar tiket ialah:
    • Sign in kat nuffnang.
    • Klik contact us.
    • Pilih Blogger Enquiries/Suggestions dan tekan next.
    • Tulis apa yang ingin ditanya kepada nuffnang dalam bm atau bi.
    • Pastikan anda meletakkan priority kepada high untuk mendapat balasan yang cepat.
  6. Merajinkan diri meng"update" blog dengan entry/post terbaru - Ada logik jugak tips yg satu ni, bila kita update blog bermakna blog kita aktif, dan kebiasaannya entry yg baru pasti ada pelawatkan, kalau lama sangat tak update blog sampai berminggu-minggu tu susah sikit la nak meyakinkan pengiklan kan.
  7. Tulis entry yg ada backlink ke Nuffnang - Cuba la, mana tahu menjadi, saya pun tak sure mana, tapi kalau tgk mereka-mereka yg selalu dapat BE ni memang rajin buat entry ucap terima kasih kat Nuffnang dan link balik ke website nuffnang kan, korang perasan tak? Ada jugak yg backlink ke pihak pengiklan contoh dia dapat BE dari Maxis iPhone 4 Entry LR ,tak pun dari VW 0.5% Golf GTI & Polo LB, atau dari Maxis BB Torch White LR, atau Prudential Branding LB, paling tidak pun dari Astro Beyond One HD LB mesti dia akan buat backlink balik ke pihak pengiklan tu..motif?
  8. Jangan beratkan blog korang dengan meletak terlalu banyak widget - Secara logiknya blog yg terlalu berat atau lambat loading kemungkinan untuk pengunjung mengulang semula kunjungannya peratusannya sedikit melainkan blog korang memang menjadi tumpuan atau fofular dan entry korang memang superb seronok untuk dibaca, tak pun penuh ilmu, tips atau tutorial yg nak tak nak orang akan tetap berkunjung semula. Blog yg terlampau serabut dengan widget mungkin akan menenggelamkan banner iklan yg dipasang seterusnya mengurangkan peratusan blog anda dipilih oleh pengiklan, agaknya la.

Apa-apa pun, bergantung pada pihak nuffnang dan pihak pengiklan jugak kan, jugak bergantung pada korang jugak la macam mana nak promosi atau nak menonjolkan blog korang agar terpilih untuk mendapat BE yg berterusan. Saya pun lepas-lepas ni belum tentu berpeluang nak dapat BE semula, kali ni memang betul-betul rezeki baby Ainul la, entah-entah untuk next BE kena tunggu bersalin anak ke empat pulak baru merasa kot. (*_-)
Tags

Post a Comment

7Comments

  1. Thanks for the tips ana. Tapi tu lah...nak update blog hari² tu ikut mood gak. Kalu ada idea, mcm2 citer, tapi klo mood ke laut, berhari2 pon tak update, cam ner nak dpt BE ^_^

    ReplyDelete
  2. thanks fortips. miza pun dah lama tak dapat BE.

    ReplyDelete
  3. kakyong dah 2 bulan.. susah sgt nak dpt BE Nuff.. huhuu.. walhal semua tips dah follow... so ikut rezeki jugak lah kan...

    takde BE pun kakyong tetap njoy blogging.. tp kalo dpt BE tu rasa buleh la bernafas sikit.. ade la bajet utk cover bil streamyx

    ReplyDelete
  4. thanks akak untuk tips2 ni..ntah bila nak prektik semua ni..hehe

    ReplyDelete
  5. nanti kite nak cube la,
    mane tahu ade rezeki kan, =)

    ReplyDelete
  6. dah lama sangat tak dapat buffered earning. haha :D
    http://salwaismail.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. tips yang sangat berguna pada saya memang tak rugi kalau baca tips ni.

    ReplyDelete
Post a Comment