Perasaan korang lepas bergaduh ngan suami atau isteri?

Anamarza
3
Adat berumah tangga mesti akan ada perselisihan faham , rajuk merajuk, terasa hati dan gaduh-gaduh manja kan? Siapa berani mengaku yg hubungan dia sesama suami isteri tak pernah langsung ada masalah even rajuk merajuk dan perbezaan pendapat pun tak de,, pendek kata sentiasa ceria dan bahgia, sila angkat mouse!!!
Bagi saya la kan kalau satu-satu perhubungan tu langsung tak de gaduh-gaduh manja ni macam tak seronok pulak, mendatar sahaja pun cam bosan jugak kan... eh ye ker? Ayat tak ingat, bunyi macam suka sangat ngan gaduh-gaduh ni?

Korang pernah gaduh ngan pasangan korang tak? ala gaduh manja-manja bukan gaduh sampai baling-baling barang atau ko maki aku, aku balas maki balik tu. Kalau korang pernah gaduh manja-manja dan ada sambungan sesi rajuk merajuk lepas gaduh tu, apa yang korang rasa time lepas gaduh atau tgh merajuk tu?

Adakah korang rasa bersalah walau bukan salah korang? 
Rasa berdosa rasa tak baik seorang isteri bertengkar ngan suaminya?
Rasa rindu dan bertambah rasa sayang?
Rasa nak peluk jer suami tang tu jugak dan minta maaf sebab tahu korang pun salah jugak?
Lantak la, terus merajuk tengok siapa yg akan mengalah dahulu?
Buat tak kisah jer in other words tak de perasaan gaduh tak gaduh sama jer?
Atau lebih teruk lari balik umah mak? Berdendam ker?

Pendapat korang? ce citer ce citer skit?

Satu lagi, korang pernah dengar tak ayat lebih kurang cam kat bawah ni:
" lepas gaduh jer buat anak"
Kira-kira situasi camni la ada pasangan ni selalu sangat bergaduh tapi anak berderet-deret, boleh kata setahun seorang anak, kalau dah lima tahun kahwin? dah 4 orang la anaknyakan, tu contoh jer la...tapikan kenapa ya boleh jadi camni?

Sebagai penutup renung-renungkan lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit ( Nyanyian P. Ramlee & Saloma )

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Post a Comment

3Comments

  1. hahaha..tp betul kut kak...lepas gaduh pujuk2 balik...tp pastu gaduh terus nak berpisah..mcm artis2 pun ramai yg tgh peknen atau dah lahir anak, bercerai..mcm kesinambungan dr sebelum berpisah tu la.gaduh2 manja sudah semestinya!hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha..... bab gaduh suami isteri eh, biasalah lelaki kan ego.. mana dia nak mengalah, sebagai isteri yang taknak terus menderhaka kat suami biasanya akak yg mengalah dan mula tegur dia macam biasa walaupun makan dalam.... nanti bila dah ketawa2 n happy2... masa tulah sindir dia cukup2 dus..dus.... baru terkulat2 sedo kesalahan sendiri... psst.. rahsia tau!

    ReplyDelete
  3. lpas gdoh sya msti projek..,masa 2 ler bru kita btol2 tau akn kehebtan psngan kita...Bru sama2 juling bjik mata..,heee...

    ReplyDelete
Post a Comment