Kesan radiasi dari Jepun dan khabar angin yang tersebar.

Anamarza
0
Selepas kejadian Gempa bumi 9 skala ritcher sehingga mengakibatkan kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, tetiba angin bertiup di kebanyakan tempat kat asia ni. Pasti korang pun ada dengar pasal angin yang bertiup ni kan?

Mungkin tiupan angin tu tak berapa kuat, sebab tu tak ramai dikalangan bloggers yang buat entry pasal kemungkinan adanya kesan radiasi dari kebocoran loji nuklear tu. Ikut pada khabar-khabar angin, dari mulut ke mulut bercakap pasal peringatan jangan keluar rumah atau terdedah kepada hujan kerana dikhuatiri akan terkena kesan radiasi yang dibawa oleh angin ke sebelah sini.

Mungkin jugak ramai yang tak ambil kisah pasal khabar angin tu,
sebab kerajaan kita awal-awal lagi dah maklumkan yang kesan radiasi tersebut agak mustahil untuk sampai kesini. Korang boleh baca pasal penerangan berkaitan isu ni di utusan malaysia online bertarikh 13hb mac 2011 hari tu. Kerajaan juga dah buat kenyataan akan pastikan sekiranya ada makanan yang di import dari jepun, tidak terdedah dengan bahan radiasi tu. Untuk maklumat pasal hal ni boleh baca kat sini.

Walau ianya satu khabar angin semata, jangan pulak kita ambil ringan pasal hal ni, perlu jugak untuk dapatkan maklumat terkini dan terbaru berkaitan isu ni. Tambahan pulak even bukan sebab letupan loji nuklear dan kesan radiasi tu kita still jugak kena berhati-hati dengan air hujan pada zaman sekarang ni, sebabnya air hujan sekarang ni bukan macam air hujan masa kita kecik2 dulu. Dulu, kira-kira 20 tahun lebih dulu, air hujan yang turun waktu tu masih tak tercemar atau kurang tahap pencemarannya. Tapi sekarang dengan pelbagai teknologi dan banyaknya kilang yang beroperasi, udara kat Malaysia ni pun bukan lah elok mana sangat pun, hujan dah tak se"bersih" dulu lagi dah.....

Ni la harga sebuah pembangunan yang perlu kita bayar!!!!
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)