Cerita Dari hospital...

Ni kisah sewaktu baby masuk wad isnin hari tu, (entry "Semalaman di hospital.."). Nurse-nurse kat Hospital Kuala lipis ni memang ramah-ramah belaka, terutama ada seorang senior nurse yang dah hampir umur pencen rasanya, yg dipanggil "mama" oleh nurse-nurse yang lebih muda. Nurse mama ni memang peramah dan rajin berborak dengan ibu-ibu yg duk teman anak. 4 tahun lepas masa Safiyya kena duduk wad jugak sebab joundis, memang dah kenal ngan nurse mama ni, dia bahasakan diri dia dengan baby-baby kat wad tu sebagai nenek. memang rasa selesa sangat ngan nurse mama ni.

Nurse mama ni kalau dia jenguk baby sesambil tu dia rajin bercerita. So banyak la cerita - cerita berkaitan ibu, bapa dan anak yg kena joundis ni. Satu cerita tu pasal kisah baby dah disahkan ada joundis, pihak hospital dah minta si ibu dan si bapa ni bawak anak ke hospital untuk dapatkan rawatan, si ibu ni nak bawa anaknya ke hospital tapi masalahnya si bapa ni tak nak bawa anaknya ke hospital. Dah panggil penghulu untuk pergi nasihatkan si bapa dan terangkan apa akibat jika anak ni tadi tak dibawa ke hospital, tapi boleh pulak si bapa ni tadi angkat parang
tetap ngan pendirian dia tak nak bawa anaknya dapatkan rawatan. Kesian akhirnya si anak tu tadi jadi cacat, bak kata nurse mama jadi "timun" sebab otak dah tak berfungsi. Gara-gara ego si ayah yg jadi mangsanya si anak dan siibu, dari elok cukup sifat si anak ni tadi jadi cacat, otak tak berfungsi, si ibu pulak terpaksa menjaga anak yg cacat ni.

Satu lagi kisah, pasal ego si ibu dan si bapa yg tak nak dapatkan rawatan joundis untuk babynya, sampai ke satu tahap, hati baby ni tadi dah rosak teruk baru dia nak bawa ke hospital, bila doktor pakar sibuk uruskan kes lain boleh pulak dia nak marah-marah sampai buat report. Last-last baby dia meninggal, dah tu rajin pulak nak saman hospital padahal salah sendiri, anaknya tu memang dah tak boleh dirawat dah. Bila dia nak bersalin anak kedua pihak hospital dah tak nak terima dia bersalin kat hospital tu, sebab tak nak apa-apa hal nanti ada dia nak saman hospital pulak lagi, last2 terpaksa bersalin ke mentakab. Time nak beranakkan anak ketiga baru la sibuk nak minta maaf ngan pihak hospital janji tak buat hal lagi. Nasib baik hospital baik hati terima jugak dia bersalin anak ketiga kat situ.

Macam-macam hal. Kebetulan masa baru masuk wad tu, ada 2 orang lagi ibu yg sama-sama kena menunggu baby diaorang, satu tu sebab baby dia demam (yg ni sama wad masa bersalin hari tu) dan satu lagi sebab baby lahir tak cukup bulan kot, mungkin dalam minggu ke-35 kot, tak sure sebab malas nak bertanya. Ni nak story pasal baby yg tak cukup bulan tu, mak baby ni pun jenis "taat" sangat ngan suaminya, tak tahu la apa masalah sebenar diaorang, tapi ikutkan baby tu still kena duduk wad lagi tapi boleh si bapanya minta nak bawak balik jugak isteri dan anaknya tu dengan alasan anak first yg baru berumur 10 bulan tak ada siapa yg nak jaga. Membebel nurse mama depan kitaorang lepas baby dan maknya tu keluar wad. Mana tak membebel, betul jugak cakap nurse mama tu, tak kan la si bapa tak boleh nak jaga anak yg first tu, tak kan pulak si mak yg baru lepas bersalin nak kena jaga anak-anaknya sendiri, kerje rumah?

Masa Safiyya kena duduk wad sebab joundis 4 tahun lepas pun ada kes yg lebih kurang jugak, tapi ni bukan dari bangsa kita tapi berbangsa cina. Yg ni boleh di puji sikit la, walau dia tak sabar nak keluar dari hospital tapi dia tetap fikir pasal anaknya jugak, dia je yg keluar hospital, anaknya dia tinggalkan kat wad minta nurse yg jagakan. Berotak sikitkan, walau nak balik sebab anak first kecil lagi, tapi dia still fikirkan kesihatan anak yg baru dilahirkan, walau nampak sedikit kejam tinggal anak yg baru lahir dalam jagaan nurse bukan jaga sendiri tapi sekurang-kurangnya kesihatan anaknya tu terjamin. Tul tak?

Comments

Popular Posts