Alternatif kaedah bersalin : bersalin dalam air

Anamarza
5
Masih tiada tanda-tanda akan bersalin, debaran dan kerisauan tu makin terasa, kalau boleh tak nak tambah hari dan tak nak dipaksa bersalin, harap hujung minggu ni baby dah bersedia untuk keluar berjumpa kakak dan abangnya. :)

Sambil-sambil menunggu bila la tanda-tanda hendak bersalin ni datang, saje jer la cari info berkaitan bersalin atau melahirkan ni. Salah satu cara alternatif kepada kaedah bersalin normal yang menarik minat saya untuk kongsi info dengan korang ialah, kaedah bersalin dalam air. Ada yang berminat?

Okey la sebelum kita story mory pasal bersalin dalam air ni jom tengok gambar-gambar kejadian bersalin dalam air ni dulu eik.




Kaedah bersalin dalam air ni dah lama dipraktikkan bermula dari tahun 1960an lagi. Cuma di Malaysia ni jer kaedah ni tak dipraktikkan. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari dan rasanya bukan orang kita tapi warga asing dari eropah atau US yang menetap di sini.

Menurut pakar perbidanan yang mengkaji kaedah bersalin dalam air, penggunaan kolam bersalin dapat mengurangkan rasa sakit bersalin. Bagi yang telah menggunakan kaedah ini juga mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Untuk lebih keterangan boleh baca kat sini.
Tags

Post a Comment

5Comments

  1. moga dipermudahkan bersalin nnt. doakan saya juga ye..saya pun tgh menghitung hari juga ni :)

    ReplyDelete
  2. penah tgk water birth kat tv, ingat mcm rilex, tp mcm sakit jugak tgk nye. hampir nak bawak ke hospital, mujur midwife bagi semangat kat ibu tu. husband dgn anak- anak pun cuak. apa pun, kita tetap kena lalui walau mcm mana kaedah kan? semoga akak selamat melahirkan jugak ye. penat nak tunggu kan? :)

    ReplyDelete
  3. thanks for the info..menarik sungguh! tp tak berani nak cuba..:)

    meh ke rumah..
    ~like mother like son~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  4. adoi..takut nya nengok..tp kalo la betul boleh rileks dn x sakit sgt, bagusnya

    ReplyDelete
  5. pernah tgk video org bersalin dlm air ni... nampak mudah je kan...

    apa-apa pun semoga selamat melahirkan ye...mesti dah tak sabar ni...

    ReplyDelete
Post a Comment